Friday 18 March 2011

USM PULAU PINANG DALAM KENANGAN..

"Kalaulah USM tu boleh diangkat-angkat, mak akan pastikan kedudukannya betul-betul di sebelah rumah kita," Itulah ungkapan yang selalu cikgu ucapakan kepada anak-anak cikgu bila kami berbicara pasal keistemewaan  IPTA di Malaysia...Saja nak latih mereka 'thinking out of the box' untuk jadi kreatif dan kritis..Selalu si kembar cikgu akan ketawa dan beritahu cikgu,"Mana boleh mak...". Mengenangkan USM seperti mengimbau kembali kelazatan dan keasyikan menuntut ilmu. Mengajar cikgu mematapkan pidato cikgu dengan hujah-hujah yang  baik dan bernas. Ungkapan  ini selalu diberikan selepas  cikgu habis beri ceramah dan menjadi Ahli Panel dalam sesebuah forum oleh pengacara majlis. (Untuk naikkan self esteem ni)

            SubhanaALLAH bersyukur betul sebab pernah belajar di USM, Pulau Pinang untuk ijazah pertama cikgu. Dari Pak Guard, pekerja dan taukeh cafeteria, staf, doktor di klinik, pelajar dan pensyarahnya ramai yang 'mesra alam'. Ramah, terbuka dan suka berbual.. Sebab itu jika ada peluang ke Pulau Pinang, USM sentiasa diziarahi dan cikgu akan menyelusuri jalan-jalan yang pernah dilalui untuk mengenang kembali saat-saat menuntut ilmu di sana. Ianya jadi 'terapi' untuk cikgu. Memang terasa sihat dan segar. Ini ditambah lagi dengan semangat "teamness" di kalangan kawan-kawan.

            Keasyikan dan keseronokan menuntut ilmu sentiasa segar di sanubari cikgu. Rasa macam tak cukup-cukup ilmu yang diperolehi. Kalau di perpustaan cikgu akan pastikan cikgu orang yang pertama menanti di pintu perpustakaan sebab banyak sungguh terasa bahan bacaan yang ada. Cuma berhenti untuk solat dan makan sahaja. Ada juga beberapa kali sehingga malam apabila perpustakaan akan ditutup baru 'sedar diri'.

            Jika di bilik kuliah pula, antara  pensyarah yang dikagumi adalah Prof Dr Qassim Ahmad- Pakar Sejarah Eropah (bukan yang anti hadith tu ya).. MasyaAllah beliau masuk berlenggang atau dengan sebuah buku sahaja. Tapi 'aura' kehebatan ilmunya memang terserlah. Relaks dan santai P&Pnya..Yang tak tahan tu bila dia tanya soalan dan minta pandangan dan perlukan kupasan mendalam daripada pelajar-pelajarnya. (Itu yang selalu cikgu buat masa kuliah dgn pelajar- ikut idola cikgu).. Selalu juga cikgu kena sebab yang duduk depan selalu jadi 'mangsa'nya..  Tapi rupa-rupanya itu yang memantapkan ilmu dan hujahan cikgu.. "Kaitkan ilmu dengan zaman kebangkitan Islam," nasihatnya. Seorang lagi pakar Sejarah Negara Cina- Prof Dr Abdul Rahman Ismail. Cikgu selalu kena berjumpa dengannya sebab tesis tahun akhir cikgu di bawah seliaannya. Tetapi duduk dengan beliau MasyaAllah, ilmu dan kupasannya juga sangat terperinci. Cikgu teringat ungkapannya ,"Jika Prof Dr Khoo Kay Kim dari UM boleh menjadi pakar Sejarah Tanah Melayu, saya ambil cabaran dengan mempelajari Bahasa Cina dan buat kajian kepakaran untuk Sejarah Negara Cina". Kesedaran masalah  ummah baginya sangat tinggi  dan perlu ditangani terutama isu orang-orang Islam di Pulau Pinang.

             Seorang lagi yang rapat dengan cikgu ialah Prof Dr Fenando dari Australia iaitu pakar Sejarah Asia Tenggara. Selalu dia mengajak cikgu minum petang dengan isterinya di rumah.. Cikgu jadi perhatiannya kerana dalam tutorial selalu mengukuhkan fakta dengan menyentuh kajian secara emperikal- angka dan nombor. Cikgu selalu buat kajian apa kesukaan dan kekuatan dalam P&P seseorang pensyarah. Dia pujuk cikgu hadiri kelas bahasa Belandanya kerana dia kata bahasa Inggeris cikgu baik dan banyak kajian tentang Sejarah Kehebatan Pelabuhan Melaka semasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ada di muzium Belanda yang masih belum disedari dan digali oleh orang-orang Melayu.. Jadi belajar bahasa Belanda untuk membongkar kehebatan sejarah orang-orang Melayu sebagai pedagang dan peniaga yang hebat dan berjaya di Pelabuhan Melaka dan dunia Belanda. Dia pujuk cikgu untuk buat master dibawah seliaanya. Adalah dua bulan cikgu belajar bahasa Belanda dengannya tapi lepas tu rasa sukar juga untuk cikgu sebab mungkin cikgu ini orang yang kekuatan "otak kanan" bukan 'otak kiri'. Tapi bila tengok anak-anak cikgu ambil inisiatif belajar sendiri bahasa Korea dan Jepun secara sendiri, terasa kesian dan lucu juga. Fokus dulu pada akademik, nasihat cikgu kepada mereka

             Tapi nampaknya tak kesampaian hajatnya sebab lepas habis ijazah pertama buat keputusan untuk buat sarjana di UPM pula bila berjumpa pula dengan pensyarah-pensyarah UPM yang tinggi 'nilai kemanusiaannya'. Jadi 'cinta yang tidak kesampaian' untuk  buat master di bawah Prof Fernando di USM macam sesuatu yang masih 'hanging' dan jadi 'unfinished bussiness' pula dalam hidup cikgu sehingga selalu cikgu ungkaikan dengan anak-anak,'Alangkah baiknya  jka USM berada di Melaka.".. Ada juga cikgu suarakan dengan suami, rasanya jika ada peluang nak belajar semula bahasa Belanda di samping bahasa Arab selepas bersara nanti dan jika ada rezeki nak ke Belanda dan lihat sendiri manuskrip yang Prof Fernando kongsikan dengan cikgu.. Buat kajian yang akan memberi manfaat kepada ummah kata cikgu pada  suami dan anak-anak. Terima kasih guru-guru ku di USM yang banyak mengajarku 'erti' menuntut ilmu. Moga ilmu dan kemahiran yang diperolehi banyak boleh memberi manfaat kepada kebangkitan ummah.amin

No comments:

Post a Comment