Saturday 19 March 2011

PERKONGSIAN 1

Facebook merupakan medium berwacana dan berkongsi ilmu dan pengalaman. ALHAMDULILLAH bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana keistimewaan mereka memberi hujah dan pandangan. Adakala hujahan mereka menyentuh naluri 'pendidik' cikgu, terasa untuk mengukuh, memantap dan memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Ada ketikanya cikgu menyakat juga mereka..Cikgu dah dapat ' inform consent' mengikut bahasa kaunselingnya dan sikembar cikgu seringkali menasihatkan cikgu, 'Mak, ingat jangan ambil ayat orang nanti boleh didakwa di mahkamah,'..Cikgu mengusik sikembar,'Adik, jangan risau ya..Selama ini mak mencatat dengan idea mak sendiri, hak terpelihara  mereka tu dan mesti dihormati..Nanti mak minta kebenaran mereka dulu." ALHAMDULILLAH semuanya bersetuju untuk dimanfaatkan pada ummah..Dalam ruangan ini cikgu berkongsi tentang perbincangan kami..

"Maha Suci ALLAH yang Maha Agung, Ya Tuhan yang hidup dan selalu mengawasi, aku memohon pertolongan dengan RahmatMU.amin- HP. Abu Dawud

Isu 1
Nazli Azadi Azlan
                        Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.(Saidina Umar R.A)March 6 at 8:40pm ·  · 

  • You and 6 others like this.
    • Noraidah Yaakub 
      Bagi umat Islam, dunia mesti dalam genggaman tetapi bukan di hati..Menurut Saidina Ali," Dunia ibarat wanita yang cantik, kalau kita kejar, dia akan lari tapi kalau kita kejar akhirat ,dunia akan ikut kita dari belakang."Apa-apa pun kita kena jadi org Islam yang kaya- kaya ilmu, kaya akal budi, kaya jiwa, kaya membantu/memberi, kaya akhlak dan lain-lain di samping kaya harta benda. Pastikan kekayaan kita dari sumber yang halal...Tapi kaya bagaimana pun hiduplah dalam keadaan yang sederhana..Moga ada pengajaran dan panduan daripada nasihat Saidina Umar RA. amin
      March 6 at 9:30pm ·  ·  1 person



Isu 2
Nazil Azadi Azlan

 
Perjuangan Islam ialah satu perjuangan bagi menarik manusia keluar dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah sahaja.(Syed Qutb)March 6 at 8:41pm ·  · 


  • You, Siti Illani Hj Shahbudin and 5 others like this.

    • Noraidah Yaakub 
      Nazil, cikgu baru balik memberi kursus 4 hari kpd guru-guru pelatih di hutan Jasin, Melaka..Syed Qutb seorg tokoh Islam yang hebat dgn idealisme dan falsafah perjuangan Islam.Prof Sidek Baba dr UIA dulu semasa mengajar cikgu di Form Sixth selalu membahaskan byk pandangan Syed Qutb..Bila manusia' menyembah' sesama sendiri selalunya ianya berteraskan banyak pekerjaan/perjuangan yang dibuat krn tiada 'kejujuran' dan 'keikhlasan'..Perlu sgt membetulkan niat setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah kerana ALLAH SWT semata-mata. Moga ALLAH SWT memelihara kita semua dari 'fitnah' ini. amin

      March 10 at 9:31pm ·  ·  1 person

    • Nazil Azadi Azlan terima kasih cikgu atas perkongsian..
      March 10 at 9:36pm ·  ·  1 person

Isu 3

Nazil Azadi Azlan:

                              Sehingga kini,masyarakat dunia tidak pernah ditemukan dgn kaum 'Aad.Mereka di'musnah'kan kerana kesombongan mereka menentang hukum ALLAH dan menolak Rasul-Nya.Namun,peninggalan sejarah kaum 'Aad wujud sehingga hari ini sebagai pengajaran kepada manusia agar bertakwa kpd ALLAH..tetapi,seringkali manusia lupa..

  • You and 10 others like this.

    • Nazil Azadi Azlan Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan;Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.(Az-Zariyat:41-42)
      March 15 at 12:41pm ·  ·  1 person

    • Nazil Azadi Azlan Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)? Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian. Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa. (Al-Mursalat:16-18)
      March 15 at 12:45pm ·  ·  1 person


  •             
    Noraidah Yaakub
                  Anakda Nazil, cuba rujuk buku Harun Yahya-"Petanda Di Langit dan Bumi Bagi Golongan Yang Berfikiran(For Men Of Understanding)", "Hakikat Kehidupan Duniawi" & "Golongan Yang Pupus" memang sangat menarik dan menghuraikan kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan atas keangkuhan, keingkaran dan penafian mereka terhadap ALLAH SWT dan Rasul-RasulNYA.

    Moga kita dipilih untuk menjadi golongan yang boleh berfikir, mengambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yang telah kepada umat terdahulu. Ya ALLAH , kurniakan lah taufi' dan hidayahMU kepada kami Masukkanlah kami ke dalam syurgaMU walaupun sebenarnya kami tidak layak atas kelalaian kami. Kasihanilah kami.amin. Take care

    March 15 at 10:46pm ·  ·  1 person

  • Nazil Azadi Azlan ye cikgu,terima kasih atas perkongsian..saya dah baca beberapa buku Harun Yahya..sangat menarik..
    Wednesday at 12:22am ·  ·  1 person


No comments:

Post a Comment