Sunday 27 March 2011

Membawa Pendengar Ke Seluruh Pelosok Dunia Melalui "Minda Tidak Sedar"

Semasa menjadi peserta program NLP di bawah penceramah Pn Dalina, cikgu akan sentiasa mengadakan hubungan yang baik dan rapat. Alasannya banyak yang dapat cikgu kongsi dan minta pandangan daripada 'guru' cikgu. Malahan semasa cikgu mengalami sakit pun ada ketikanya cikgu rawat melalui kaedah NLP. Tapi Pn Dalina ini hebat orang dan ilmunya sebab dia kata masalah orang Barat ini bila mereka mengkaji tentang tentang SQ atau Spiritual Quation mereka selalunya akan stuck pada peringkat 'Tasawuf" sebab mereka tak ada ilmu. Kita orang Islam memang dituntut untuk belajar bab Tauhid, Fekah dan Tasawuf, sebab itu kita boleh kaitkan dengan 'kesepaduan' ilmu..

           Oleh itu setiap kali dijemput untuk berceramah, ada kalanya secara maraton 4- 6 jam, banyak cikgu kena buat 'self talk' dan kena buat kaedah 'bubbling' kepada 'audience' cikgu. "Pastikan ceramah  sentiasa segar , perlu ada banyak energizer, cuma kongsi pengalaman dan kaitkan dengan pandangan Islam dan teori-teori psikologi ", pesan suami cikgu. Jadi pada minggu ini semasa dipanggil untuk beri ceramah oleh seorang gurubesar , cikgu rasa terpanggil untuk menerima dan berkongsi pelbagai isu pendidikan dan kehidupan. Jadi kali ini cikgu membawa mereka ke beberapa destinasi sebagai mengupas isu di peringkal makro/global melalui proses teori unconscious mind. Tempat yang sama-sama kami lawati ialah

i)    Singapura - kisah budaya kerja  cemerlang
ii)    Indonesia - kisah era 50 an dan 60 an
iii)   Jepun - kisah Tsunami, Gempa Bumi, Kebocoran bahan nuklear
iv)   Amerika- kisah Yahudi , Senat Amerika dan Hitler
v)    Libya - kisah "Lion Of The Desert- Umar Mukhtar"
vi)   Rusia- kisah pelajar perubatan di sana

               Seronok kami mengembara bersama-sama. Belajar sesuatu daripada kisah-kisah lampau  dan boleh menjadi suri teladan. Moga pengalaman bersama yang dilalui menambahkan iman dan taqwa.amin.

               "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night"-Longfellow. Salam kejayaan embun tahajud- Ingatan diri daripada seorang anak dan pelajar. Terima kasih anakda atas ingatan dan doa. Moga  kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang ILLAHI.amin.

No comments:

Post a Comment