Sunday 27 March 2011

Membawa Pendengar Ke Seluruh Pelosok Dunia Melalui "Minda Tidak Sedar"

Semasa menjadi peserta program NLP di bawah penceramah Pn Dalina, cikgu akan sentiasa mengadakan hubungan yang baik dan rapat. Alasannya banyak yang dapat cikgu kongsi dan minta pandangan daripada 'guru' cikgu. Malahan semasa cikgu mengalami sakit pun ada ketikanya cikgu rawat melalui kaedah NLP. Tapi Pn Dalina ini hebat orang dan ilmunya sebab dia kata masalah orang Barat ini bila mereka mengkaji tentang tentang SQ atau Spiritual Quation mereka selalunya akan stuck pada peringkat 'Tasawuf" sebab mereka tak ada ilmu. Kita orang Islam memang dituntut untuk belajar bab Tauhid, Fekah dan Tasawuf, sebab itu kita boleh kaitkan dengan 'kesepaduan' ilmu..

           Oleh itu setiap kali dijemput untuk berceramah, ada kalanya secara maraton 4- 6 jam, banyak cikgu kena buat 'self talk' dan kena buat kaedah 'bubbling' kepada 'audience' cikgu. "Pastikan ceramah  sentiasa segar , perlu ada banyak energizer, cuma kongsi pengalaman dan kaitkan dengan pandangan Islam dan teori-teori psikologi ", pesan suami cikgu. Jadi pada minggu ini semasa dipanggil untuk beri ceramah oleh seorang gurubesar , cikgu rasa terpanggil untuk menerima dan berkongsi pelbagai isu pendidikan dan kehidupan. Jadi kali ini cikgu membawa mereka ke beberapa destinasi sebagai mengupas isu di peringkal makro/global melalui proses teori unconscious mind. Tempat yang sama-sama kami lawati ialah

i)    Singapura - kisah budaya kerja  cemerlang
ii)    Indonesia - kisah era 50 an dan 60 an
iii)   Jepun - kisah Tsunami, Gempa Bumi, Kebocoran bahan nuklear
iv)   Amerika- kisah Yahudi , Senat Amerika dan Hitler
v)    Libya - kisah "Lion Of The Desert- Umar Mukhtar"
vi)   Rusia- kisah pelajar perubatan di sana

               Seronok kami mengembara bersama-sama. Belajar sesuatu daripada kisah-kisah lampau  dan boleh menjadi suri teladan. Moga pengalaman bersama yang dilalui menambahkan iman dan taqwa.amin.

               "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night"-Longfellow. Salam kejayaan embun tahajud- Ingatan diri daripada seorang anak dan pelajar. Terima kasih anakda atas ingatan dan doa. Moga  kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang ILLAHI.amin.

Moga ALLAH SWT Mengurniakan Kekuatan dan Kesedaran Untuk Kebangkitan Ummah.

"Kak, ingat tiba sekolah nanti tegur cikgu-cikgu tu, senyum dan hormati mereka sebagai guru dan rakan sejawat ya.." Kedengaran suami cikgu menasihati anak sulung cikgu yang akan menghadiri PBS. "Ramai yang kenal mak dan ayah sebab kami pernah dijemput berceramah di sekolah tu. Lagi pun kakak pernah bersekolah di sana dan mak juga pernah mengajar di sana". Panjang lebar suami cikgu memberi 'peneguhan' pada  pagi tu kepada anak cikgu."Kalau iqa nanti pun bila rawat patientnya pun ayah akan beri nasihat yang sama, hormati setiap insan, biarlah orang tengok wajah kita pun rasa bahagia, tenteram dan tenang, banyak tekanan akan hilang" . Itulah penekanan interpersonal dan akhlak yang kami suami isteri beri penekanan kepada anak-anak. Kalau pelajar KPLI, KPLI j-Qaf KDC, PISMP memang dah biasa dengan nasihat cikgu tentang isu ini

           Petang itu selepas tiba di rumah lama kami berbual panjang. Anak cikgu bercerita panjang tentang pengalamannya berjumpa dengan guru-guru lamanya dan nostalgianya semasa mendapat pendidikan di sana. "Ramai yang bertanyakan mak dan kirim salam kepada mak, ada pelajar KPLI dan ustaz J-Qaf terperanjat bila kak kata Pn Noraidah tu mak akak," Tersenyum anak cikgu bercerita. "Yang lebih lucu bila mereka kata mak garang dan tegas, masuk ke kelas kena 'well prepared' dan perlu bersedia sebab mak akan tanya soalan mengenai Ilmu Pendidikan". Memanglah begitu sebab selalunya untuk program KDC cikgu akan pastikan plan B iaitu nota yang telah  cikgu siapkan telah diberikan 3 hari sebelum kuliah dan mereka sudah membacanya untuk mengupas dengan lebih terperinci dalam perbincangan. Plan A nya  LCD dan soft copy bahan kuliah. Cikgu sedar mereka kekurangan masa mendapatkan bahan di perpustakaan.Kalau yang tidak bersedia tu memang akan kena lecture dan marah. "Perlu banyak membaca cikgu untuk tiba ke peringkat global" nasihat cikgu.

           "Saya ingatkan kamu akan jadi lawyer sebab kamu selalu wakili sekolah untuk pidato, hafazan dan story telling Bahasa Inggeris dan suka bercakap, tak sangka pula jadi guru pula ya," Ulasan bekas guru anak cikgu kepada anak cikgu. "Yala cikgu,di rumah saya ada 'sudut pidato', selalunya saya lah yang akan bercakap, adik-adik jadi pendengar sahaja." ujar anak cikgu. "Pn Noraidah memang pandai bercakap juga dan bijak pidatonya. Tapi saya memang takut dan hormat sungguh padanya. Jangan main-main dengannya" pelajar j-Qaf cikgu membuat ulasan pula. Anak cikgu bercerita sambil tersenyum  dan mengimbau pengalaman persekolahannya pada hari itu. Setiap hari balik dari sekolah berkongsi cerita tentang pengalamannya untuk buat 'laporan' pada ibunya agak cikgu. Seronok juga cikgu mendengar celotehnya. Sikembar selalunya akan meminta ulasan lanjut. Anak bujang cikgu pula akan betanya, "Best jadi cikgu kak?"

           Begitulah kita ya, semuanya ada kenangan dan persepsi yang tersendiri.' Jenama diri' yang perlu dijaga hingga ke akhir hayat. Tak sangka pula pelajar j-Qaf  'takut', sgt hormat dan segan  dgn cikgu. Agaknya dia tengok pensyarah Ilmu Pendidikan mereka ni gaya ustazah, selalu beri nasihat dan teguran dan paling 'terkesan' bila kena 'provokasi'  semasa BIG  agaknya. "Marah, marah.... Sayang, sayang" Itulah ungkapan yang selalu cikgu lontarkan  pada anak-anak cikgu. 'Tag' itu memang mereka dah faham. "Mak saya memang garang dan tegas." Rumusan anak-anak cikgu..

           Di tangan guru-guru inilah akan lahir ummah  yang hebat dan mereka kenalah bekerja keras untuk itu. Moga ALLAH SWT sentiasa memberi kekuatan dan kesedaran yang tinggi kepada mereka untuk memastikan kesinambungan perjuangan yang sangat dikasihi baginda RASULULLAH SAW dan para sahabat,amin.

Monday 21 March 2011

PERKONGSIAN IV

"Ya ALLAH, kami mohonkan kepadaMU keampunan,dan afiat (kesejahteraan) dalam agama, dunia dan akhirat" amin- HR Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud

Hafiz Zaidi adalah di antara pelajar yang cikgu kenali sebagai seorang anak yang baik, cuma cikgu pernah menasihatkannya untuk meneruskan perkongsiannya di fb apabila dia mula mengucapakan, "Selamat tinggal fb". Banyak yang boleh dipelajari. Cuma kami sering juga berwacana dan melihat daripada perpektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, kami saling hormat menghormati dan menghargai keunikan dan perbezaan masing-masing. Itu yang dinamakan 'ukhuwah'

Hafiz Zaidi         
Amir mukhlis dlm bait2 bicaranya menyebut: "aku inginkan seorang isteri yang beragama,istiqomah dgn ibadah,menjadi suri rumah demi pengorbanan utk anak-anak.Soal rezeki,biarlah Allah tentukan.Selagi kudrat ada,amir mukhlis tetap berusaha mencari rezeki utk keluarganya..MasyaAllah...hebat2.
Yesterday at 12:05am ·  · 
  • You, Tamar Ridzuan and 5 others like this.
    • Hafiz Zaidi ni saya olah dr novel kala cinta n wahyu bersatu
      Yesterday at 8:00am · 
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda zaidi, kan lebih hebat jika amir muklis tu ada pegangan mempunyai spt yang diimpikan di atas dan 'bakal isterinya' masih bekerjaya dan dapat menyumbang 'kepakaran'nya pada ummah.Masih boleh menjadi sumber kekuatan keluarga..Banyak cara menguruskannya... Itulah' idealself' seorang lelaki tapi ' realself'nya adakalanya lain dari apa yang diimpikan.Berbeza...Pengurusan diri, ibadah, keluarga dan rumahtangga perlu ada kepakarannya....Anak-anak gadis/teruna hari ini perlu diajar dan dilatih agar cekap dalam pengurusan di atas disamping bijak urusan duniawi dan ukhrawi.....Masalah hari ini bila anak-anak cuma 'tahu' belajar sahaja, skills/kemahiran yang di atas nill.. Bila berumahtangga baru tersedar kehidupan/perkahwinan tak selalunya ' inda'h...Idealis dan realis/reality jauh berbeza..Berpijaklah di bumi nyata ya..
      Yesterday at 8:11am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi 
      dlm novel tersebut,amir mukhlis tetap dgn pendiriannya walaupun bnyk pihak tidak setuju dgnnya termasuk ayh n ibunya.Mungkin mereka kurng memahami prinsip yg amir mukhlis pegang...amir mukhlis ingin mencari wanita yg memiliki ciri-ciri sptdiatas...banyak wanita yg hadir dlm diri termasuk seorang peguam,doktor tp ia menolak dgn baik..pekerjaan bukan syarat utama baginya lalu hadir seorang wanita bernama balqis yang memiliki ilmu agama yg mantap,ingin menjadi suri rumah dlm memberi sepenuh perhatian trhdp anak-anak n suami,alhamdulillah mereka disatukan
      Yesterday at 8:18am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi saya suka baca novel islamik bonda,dr situ saya mendapat kekuatan dr watak2 yg digambarkan..sbg proses utk memperbaiki diri
      Yesterday at 8:23am ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub Bonda faham tu... dalam novel...nama pun novel. cuma nak minta penulisnya berfikir luar kotak saja...Lebih kreatif... Beri contoh ramai yang berkerjaya.. Ada kawan bonda bekerjaya sebagai pensyarah, anaknya 12 org, 5 belajar di Mesir ambil bidang agama/ perubatan dll tapi sempat ambil dan abis PhDnya. Rumahtangganya pun excellent.. Kalah yang tidak berkerjaya.. Ibadah dan akhlaknya pun hebat.. Jangan lah penulis kita ni berfikir sehala sahaja ya.....
      Yesterday at 8:26am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi kita mesti meraikan perbezaan sesama manusia,stiap org ada kelebihan n kekurangan masing2..sikap menghormati serta meraikan adalah yg terpuji dlm memberi pendapat..btl tak bonda?
      Yesterday at 8:57am ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub 
      Betul anakda, setuju sangat tu.. Cuma nak tambah kekuatan/kehebatan sesebuah rumahtangga bukannya terletak di tangan/bahu isteri sahaja, yang lebih penting dari yang terpenting suami tu. Bagaimana kepimpinannya, pengurusannya, penghargaannya, wawasannya, disiplin dan kawalannya, bantuannya dan yang sgt penting MUAFAKATnya..Sebab tu bila ada sesuatu 'kes kajian yang boleh dikaji' eg contohnya keluarga yang berjaya bonda melihat kekuatan pasangan tersebut bgmn membentuk 'keluarga idaman' mereka dalam menghadapi cabaran akhir zaman ini. Kita ni memang selalu berbeza pendapat ya anakda...
      Yesterday at 10:16am · 
    • Hafiz Zaidi ye,ada kalanya kita sefahaman n ada kalanya pendapat kita sedikit berbeza..Bonda lebih dr sudut pengalaman n kenalan,tp sy masih cetek lg...harap bonda terus bg teguran kpd saya ye..sy perlukan sgt teguran dr bonda..
      Yesterday at 11:19am · 
    • Hafiz Zaidi kiranya bonda,klu anakda menyakiti hati bonda maka mohon dimaafkan ye
      Yesterday at 11:20am · 
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda zaidi, tak sakitkan apa-apa pun, sungguh ni.. Manusia unik dan berbeza. Perbezaan menceriakan... Cuma 'watak' anakda ni bonda teringat masa bonda belajar dulu. Ada bebarapa rakan bonda yang menunjukkan minat pada bonda, cuma bila bonda tanya pasal kerjaya tu, ramai yang minta bonda berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga. Tapi nampaknya kami tidak "bersatu" atas alasan ni.. Ada juga rakan-rakan bonda yang memang buat keputusan berhenti kerja tapi akhirnya terkilan bila pasangan buat 'perangai', tahap kehidupan yang meningkat, pelbagai keperluan dsbnya nampak agak sukar juga mereka nak teruskan kehidupan.. Kes yang terbaharu macam tu juga dalam isu lelaki kembali 'muda' pada usia 40tahun..Kawan bonda tu berhenti kerja ,jaga anak 6 orang tapi suami masih rasa tak puas hati ttg prestasi dan kemampuan pengurusan diri, keluarga dan rumahtangga. Suaminya memanglah sgt warak orangnya.. Hati ini kan milik ALLAH, sekejap saja nak berubah dengan dugaan hari ini ya.. Anakda tak pegang duit lagi, ada jawatan dsbnya, nanti realitinya selepas berumahtangga banyak cabaran dari wanita hari ini...'Berteduh di dahan yang rendang ', kata mereka....
      Yesterday at 11:46am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi bonda memang seorang yg memahami..jazakillahu khair..kira salam kat ayahanda,assalamua'laikum wbt
      Yesterday at 5:56pm · 

Sunday 20 March 2011

Pakailah Lambang Kemuliaan Agama Di Kepala

            Semasa menghadiri kursus dengan Pak Su di IAB Genting Highland, Pahang, cikgu rasa sangat tersentuh dengan ucapan Pak Su pagi tu. Setiap pagi sebelum memulakan kuliah Pak Su akan memberi 'penghargaan' kepada sesiapa sahaja  yang membuat kebaikan pada hari sebelumnya atau pada pagi itu. Jadi yang menerima penghargaan pada pagi itu adalah peserta-peserta lelaki yang memakai songkok dan kopiah. Pak Su kata bukan senang kaum lelaki nak pakai sebenarnya.' Jadi jika tidak mampu pakai masa kehidupan harian,  pakailah semasa solat, tapi kalau dapat pakai memanglah sangat baik', begitulah nasihat Pak Su kepada kami pada pagi itu

            Semasa program BIG dalam hutan Jasin 2 minggu lepas semasa di kem memanglah cikgu terperanjat bila lihat hanya cuma seorang sahaja pelajar KPLI J Qaf yang memakai lambang kemuliaan agama di kepala ketika solat berjamaah. Dalam kesibukan menjalankan LDK dan pelbagai aktiviti tak sempat nak buat teguran. Rakan pensyarah cikgu ustazah Fatimah berbisik di telinga cikgu akan ketidakselesaannya akan senario di hadapan kami. Cikgu sangat setuju dengan pandangannya itu.Tetapi semasa mengajar mereka  dalam kelas KDC semasa cuti yang lepas, sempat juga cikgu menyelit isu tersebut dan  bertanya kepada salah seorang pelajar.."Ustaz apa hukumnya tidak pakai kopiah masa solat?". "Makruh, puan"  jawab seorang pelajar cikgu lulusan daripada salah sebuah universiti di Morocco sambil memandang cikgu. Cikgu tahu dia seorang pelajar yang tawadhuk sebab dia yang menjadi penghulu semasa BIG yang lepas. "Makruh tu perkara yang ALLAH SWT tak sukakan..." Cikgu mengupas lanjut. "Nak jadi ustazah pula aku pagi ni," bisik hati cikgu. Bukan  calang-calang orang di hadapan cikgu ni sebenarnya. Tapi sebagai guru mereka, cikgu takut mereka terkena 'kejutan budaya' pula sebab baru masuk IPG ni.

            "Pakailah ustaz ya..", pujuk cikgu . "Kalau pun tak mampu pada waktu kerja, buatlah masa tunaikan solat, sejuk hati saya melihat pelajar saya beramal dengan perkara yang sunat. Berilmu tanpa beramal ibarat pokok tanpa buah ustaz". Cikgu terus menyakat mereka dalam teguran,"Ustaz pernah dengar cerita kaum lelaki dipinang oleh kaum wanita?. Walaupun songkok dan kopiah bukan penanda aras baik atau buruknya seseorang, tapi lebih meyakinkan jika pelajar-pelajar J Qaf cikgu dapat mengamalkannya, paling kurang masa solat ya..Ustaz seorang yang pakai tu ada peluang dipinang tu.. tapi mas kahwin dan hantaran tetap ustaz yang kena ya..," cikgu terus menyakat ustaz berkenaan. Senyum tersipu-sipu cikgu tengok  ustaz seorang yang memakai kopiah dan ustazah-ustazah J Qaf yang lain.

            Sebagai rumusannya, sebagai hamba ALLAH SWT bagi yang lelaki elok sangat memakai lambang kemuliaan agama Islam tu walaupun ianya sunat. Bagi pelajar perempuan lambang kemuliaan agama di kepala itu adalah wajib. 'Lagi labuh lagi baik hingga dapat menutup dada ya', nasihat daripada Tn Hj Omar Abdul, mantan KJ HEP yang selalu dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan. Apatah lagi IPG kita inilah satu-satunya IPG yang mewajibkan penutupan aurat dengan sempurna. Tidak dibenarkan mendaftar selagi tidak menutup aurat semasa melapor diri di minggu pengurusan. Buatlah ibadah menutup aurat dan ibadat wajib dan sunat yang lain dari usia muda agar ia menjadi darah daging kita. Moga ALLAH SWT menerima segala amalan kita dan memberi Rahmat dan Kasih SayangNya kepada semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu.amin.
            
"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, pembuka hati-hati, penutup segala aib, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Mengetahui perkara yang ghaib"amin..Salam ketaatan sejernih embun tahajud :).  Kiriman sms seorang insan yang sangat menyentuh hati hati cikgu pada akhir 1/3 malam. Terima kasih atas ingatan dan doa kepada seorang guru dan ibu.

Saturday 19 March 2011

PERKONGSIAN III

Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon padaMU akan perkara yang menyebabkan turunnya RAHMAT MU, dorongan yang membawa keampunan MU, keselamatan dari noda dosa, keuntungan dari segala kebaikan, keuntungan akan syurga MU dan keselamatan dari api neraka" amin-HR Al Hakim dari Ibn Mas'ud

Hafiz Zaidi

Isu 1

Perkahwinan itu 1 ibadah,mengapa sesetengah org menyusahkan perkara ibadah sehingga meletakkan hantaran terlalu tinggi sehingga mencecah Rm5000 keatas menyebabkan pihak lelaki terpaksa berhutang sana n sini@ tak memiliki kemampuan utk brkahwin.Bab kata ustaz azhar,nak jual anak ke sampai letak harga tinggi2..=)
February 6 at 6:26am ·  · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin Betul~ hehe...: ) tapi macam mane pule dengan taraf hidup yg semakin tinggi skrg akh? Ana brpendapat..bukan semua sengaja letak tinggi2..harga2 barang2 pun da makin mahal skrg...even catering pun 1 kepala da cecah rm14++ tau...kalu jemputan ramai cane..? : ) sekadar melontarkan pandangan...tp kalu sampai berhutang2 tu...pada ana...elakkan la selagi mampu...ALlahua'lam~ : )
      February 6 at 6:32am · 
    • Hafiz Zaidi tradisi msyarakat klate krja scra bramai2 dlm menguruskn knduri kahwin,lembu 2 ekor blh makan hampir 1000 org.klu catering memang agak mahal tp klu msak rmai2 mcm kampung lebih jimat n mengeratkn silaturrahim...bg ana,hantran kurang dr rm4000 lebih baik sekiranya itu pemberian ikhlas dr seorang suami brbanding yg tinggi.Mmng rmai lelaki takkan brkhwin skiranya hantran terlalu tinggi.
      February 6 at 7:07am ·  ·  5 people
    • Asrul Shah x ckp jpa boh klu tinggi2..ha3
      February 6 at 7:21am · 
    • Shira Shafrida salam akhi, masyarakat kita bkn duk kt kg je.. kalau kat bdr ni, siapa yg nak msk ramai2..semua org sibuk dgn kerja, smpai fikir kenduri xsempat..lg 1, bila pihak perempuan mtk tinggi2, like RM5k above, itu maknanya tuntutan kos hidup yg tinggi..bukan sengaja nak mtk tinggi.. lg 1, lelaki yg pnting.. kalau dah nak kawen, pastikan duit hntrn mmg dah ada dlm tgn.. jgn la nak merisik baru nak kumpul duit.. itu kn mmg tggjwb lelaki..
      February 6 at 7:59am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi terima kasih atas pandangan semua...ana hanya fokuskan pd masyarakat kampung.Klau bandar tu mmng kena sewa dewan n jg catering.apa pndangan jika lelaki itu seorang yg krja bukan makan gaji,just dpt rm 1000 sbln,so...adakh calon isteri tu mintak tinggi2 sebab kos hidup tinggi?Islam tak cmtu,cara Islam amat mudah n tak membebankan...Sebaik2 wanita ialah yg rendah maskahwinnya n mudah urusan nikahnya.
      February 6 at 8:05am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi klu ikut zaman sahabat,nabi saw ajar...sembelihlah walau seekor kambing..just nak tunjuk suka dapat seorang isteri n nk hebohkan kat org rmai..adat n syariat adalah berbeza.Mana nk pentingkan,syariat@adat?
      February 6 at 8:07am ·  ·  3 people
    • Shahibul Afzan Wahab betul tu..kalaulah semua org faham ttg ni kan bagus..hantaran tu adat je, yg penting maskahwinnya..sometimes perkara2 adat akan menyulitkan ibadat...
      February 6 at 8:14am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi kalaulah semua faham n berpegang pd agama,perkahwinan itu menjadi mudah serta lebih diberkati oleh Allah swt,InsyaAllah..akn lahir zuriat yg soleh n solehah
      February 6 at 8:26am ·  ·  1 person
    • Siti Illani Hj Shahbudin ‎: ) alhamduliLlah...berkembang lagi minda ana juga dengan diskusi di sini~ : )
      February 6 at 9:53am ·  ·  1 person
    • Syahirah Zulkifli permudahkanlah dan jgn susah-susahkan.. kena pndai bezakn adat dan syariat.dlm bab htrn, jk lelaki mampu dan rsa mudh nk bg rm15k ke ats sekalipun, mgkin itu yg terbaik. tp jk yg mampu rm3k ke bwh, itu jg pasti lbih baik. Allahu'alam.
      February 6 at 10:48am ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi mngkin msyarakat kita kurang fhm erti adat n syariat.Sebab tu prkara yg penting ialah belajar agama n beramal.Yang jd mahal sesuatu prkhwinan sebab nk tempah pelamin lg n sbgnya.lepas tu si perempuan bersolek smpai ditonton oleh lelaki bukan mahram serta bersanding plak di khalayak rmai...astagfirullah...mcm mana nk dpt keberkatan..
      February 6 at 2:43pm · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin AstaghfiruLlahal a'dzhiim...menggenggam Islam ibaratnya menggenggam bara api...di lepas ia padam...di genggam kita yang sakit...tp itulah fitrahnya...beruntung bagi yang memilih utk terus menggenggamnya..biarpun teramat sakit...namun mengenang janji DIA di 'sana'...di pujuk jua hati itu...utk terus hidup sbg hamba...menga'bdi seluruh kehidupan melalui sistem ISLAM sebagai CARA HIDUP! Syukron semua ats 'ketukan' membina disini! AlhamduliLlah.......
      February 6 at 2:47pm ·  ·  2 people
    • Hafiz Zaidi Islam mengajar kesemuanya,ia memng agama lengkap.Terpulang pd individu nk guna @ tak.Ada org blaja agama skdr nk lulus exam n dpt krja...mmng mereka akn dpt smua tu.Ada org blaja agma utk dijadikan sistem hidupnya...so,kesimpulannya...tahu n amal,jgn thu saje tp x amal..itu adalah perkara yg perlu dirisaukan...
      February 6 at 2:53pm ·  ·  1 person
    • Siti Illani Hj Shahbudin betul tu akh...ingat selalu pringatan dari ALlah dalam surah As-SOff ayat 2 & 3 tu....bimbangnya pada murka-Nya andai lidah berkongsi peringatan tp diri sndri leka dalam beramal...AstaghfiruLlah.... sama2 berpesan2 ye shbt2 semua...
      February 6 at 2:55pm · 
    • Hafiz Zaidi peringatan seiring dgn amal...bukan skdr beri peringatan tp x berusaha utk buat..itu yg Allah murka.Sebenarnya nk kongsi jgk psal surah as-soff tu,blh rujuk dlm tafsir ibnu kathir,dlm tu dihuraikan brkenaan ayat trsebut.
      February 6 at 2:57pm · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin Em, xdok pulok Tafsir Ibn Kathir tu...Tafsir tu yg Ust.Zahazan guna kan utk tazkirah Subuh IKIM tu?? SubhanaLlah..best kupasan tafsir tu
      February 6 at 3:02pm · 
    • Hafiz Zaidi x pasti pulak ustaz zahazan guna yg mana tp..ana rujuk tafsir ibnu kathir...mmng ada cerita psal surah as-soff tu
      February 6 at 3:05pm · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin Ye..ana confirm ust zahazan guna tafsir tu..dia suggest juga pada org awam sbb katenye tafsir tu mudah di fahami kupasan dan terjemahan ayat2 al-quran...brp akh beli? banyak jilid kan...ana tgk tafsir Qutb pun dekat RM1K~
      February 6 at 3:07pm · 
    • Hafiz Zaidi ana download PDF je..x mampu lg ana nk beli.Dlm RM600 utk smua jilid..nanti keje ana nk beli smua,insyaAllah.
      February 6 at 3:08pm · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin download PDF? nak address nye blh??
      February 6 at 3:09pm · 
    • Siti Illani Hj Shahbudin JazakaLlahu khoiran!
      February 6 at 3:15pm · 
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda zaidi, perbincangan yang menarik... Sekarang izinkan bonda bercakap dari persepsi bonda sebagai seorang ibu yang hanya sedikit sj pengetahuan Islam...

      Bonda dan anak2 bonda berkahwin tanpa pelamin, mak andam( kos 2-4k), juru kamera yang canggih dan mahal, lagu2 dan DJ yang lara, adat berina besar & kecili, bunga telur, perarakan pengantin dll. Itu termaktub dalam usrah dan perbincangan keluarga kami
      Masa anak gadis bonda dipinang, bonda ayahda buat majlis merisik shj dgn sebutan hantaran' berilah ikut kemampuan'. Tiada majlis bertunang , 4 bulan terus majlis bertunang dibuat bersama majlis kahwin utk jimatkan kos.Tapi pihak lelaki berbesar hati utk meraikanbakal isterinya dgn kadar lebih 5k dan hadiah iringan dll. Kami terima memandangkan Saidatina Khadijah pun mas kahwinnya yang diberi oleh RASULULLAH SAW 500 dirham/dinar. (Jika anggaran kini banyak tu).

      Tapi masa buat jamuan makan, bonda nak raikan tetamu bonda dan sedekahkan semua pahala kenduri tu kepada almarhum ibu, ibu mertua, bapa mertua, datuk nenek moyang bonda. Jadi tentulah yang terbaik bonda hadiahkan kepada mereka.. Kami ramai saudaramara, sahabat handai dan taulan... Silaturahim antara kami sgt rapat. Sering rai merai dll.Raikan dgn maulid dan nasyid..

      Cuma kos kehidupan hari ini sgt tinggi. Ini sesiapa pun tak boleh nafikan...Utk yang berkerjaya spt bonda dan ayahda mungkin mampu sedikit sebanyak.. Cuma di kg pun jarang dah buat gotong royang-krn org yang berumur dah tak larat, saudara dan adik beradik dah tinggal jauh, berkerjaya -sibuk dll...Ada tak ada kena buat catering dgn kos yang minima tp kualiti yang tinggi... Banyak urusan dan perbncangannya....
      Anak2 muda kena faham situasi masa kini bonda rasa...Setiap hadis tu ada huraiannya.. Contohnya kadar yang paling minima pun buatlah juga kenduri walupundgn kadar sembelihan seekor kambing- meraikan tu..

      Sebelum berumahtangga terutama yang lelaki perlu ada ekonomi yang mantap sbb itu bonda tak berapa setuju berkahwin masa belajar sebab lelaki nanti kurang tanggungjawabnya pd isteri dan anak2. Bila dah berkerjaya tunggula 1-2 thn lagi utk rancangan perkahwinan.. Nabi pun kahwin pada umur 25 thn..Jadi anak2 muda perlu ada perancangan yang rapi dlm kehidupan
      Rumusannya apa2 pun perlu ada perancangan yang rapi dalam kehidupan utk meraikan perkahwinan yang 1 kali seumur hidup dgn penuh rahmat , keberkatan serta redha ALLAH SWT. Bonda pun sebagai ibu nak raikan anak2 dan bakal2 menantu bonda agar ada kenangan manis sepanjang hayat mereka bersama bonda.. Ya la sbb dianugerahkan seorang 'anak' lagi.. itula pandangan seorg ibu ya.tksh anakda. Wacana org muda yg baik drpd perspektif yang berbeza dan realiti kehidupan ya
      February 6 at 10:23pm ·  ·  4 people
    • Hafiz Zaidi 
      trima ksh atas perkongsian bonda.mngkin situasi n taraf hidup orang itu berbeza.klau mak ayh itu berharta, x salah utk buat semua itu...asalkan tak membazir.Tetapi jika masyarakat kg yg kerjanya sbgai petani/nelayan,perlu dititikberatkan jg...See More
      February 6 at 11:30pm ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda, bonda terlibat dgn gerakan pelajar masa belajar dulu.. Byk rintihan yang bonda dengar especially dari pihak perempuan. Ada pelajar medic, 6 bulan sj kahwin dah bercerai, ada makayah terima wang hantaran cuma RM 2K menangis dgn linangan air mata, ada anak yang asyik minta mak ayah sponsor bila tak cukup, yang perempuan kahwin masa belajar byk tekanan sbb bila bersalin pengurusan diiri mereka kurang dijaga oleh suami, kemudian selalu sakit dan tak sihat... suami komplen kurang layanan dan kurang prestasi, kemudian nak kahwin lagi 1... macam2 cerita. Ramai juga yang tak abis belajar... Entahla anakda ya... Mungkin org muda melihat daripada skop dunianya yang tersendiri... Kami org tua melihat daripada skop holistik...

      Jadi settle la satu2. Bonda pun hairan golongan muda asyik sebut tentang maksiat.... Banyak perkara yang boleh dilakukan utk elakkan maksiat dan fikirkan maksiat... Yang nak buat maksiat tu sebenarnya tak ikhlas dgn ALLAH dan jujur dgn diri sendiri... Entahlah ya.... byk benda/ perkara boleh buat utk memenuhi masa lapang. Di situ baru kita diuji.. Kitakan ada iman dan ditarbiah, sbb itu janganlah berjumpa dan memadu kasih....

      Anak2 kena ingat mrk ada tanggungjawab pada ibu bapa dan keluarga.. Settle la dgn hikmah dan bijaksana proses kehidupan ini... Kalau itu jodoh kita yang ditakdirkan, tak lari gunung dikejar...

      Wacana yang menarik tu... Rumusannya setiap daripada kita buatla refleksi diri... Buatkan dan fikirkan yang terbaik utk diiri dan keluarga...Moga kita dikuriniakan pandangan ' mata hati' dan sentiasa dalam pimpinanNya dlm setiap langkah dan tindakan. amin
      walhua'lam
      February 7 at 12:21pm ·  ·  2 people
    • Hafiz Zaidi memang ada yg cmtu,sy x nafikan.ada jgk yg berjaya mngharungi khdpn blaja n rmhtngga.ada pro n contranya...ada jgk yg khwin after blaja bercerai.Apepun,ia brgntung pd niat kita berkahwin...klu kahwin mngikut ilmu agama yg dipelajari,insyaAllah akn melahirkan sebuah keluarga sakinah...prkhwinan melahirkan sifat kasih sayang ntra suami isteri,Allah sebut,dan Kami jadikan antra mereka(suami isteri) perasaan ksh n belas kasihan.Klau dihayati firman Allah,kita akn lebih yakin dgn tuntutan prkhwinan.Pepun,ia berbalik pd individu jgk...
      February 7 at 4:44pm · 
    • Hafizul Aremin 
      perkongsian yg bnyak manfaat.. yup, perkara yg pentng perlu dibincangkan terutamanya abg zaidi.. ;) .. perancangan kena cukup.. habiskan satu2.. teguhkan beberapa perkara dulu seperti yang disarankan bonda. 25 tahun.. ideal umur tu untuk ma...See More
      February 7 at 6:27pm ·  ·  3 people
    • Siti Illani Hj Shahbudin subhanaLlah.. alhamduliLlah..syukur dpt tazkirah u BM towards Baitul Dakwah.. alhamduliLlah! p/s:x sgka ea amin..:) terbaek u semua!
      February 8 at 7:45am · 
    • Hafiz Zaidi terima atas perkongsian yg bagus smua..Pandangan seperti inilah yg diinginkan..smga semua dapat share ilmu lg ni sini..insyaAllah
      February 8 at 9:17pm · 
    • Noraidah Yaakub Anakda Hafizul Aremin: Tahniah ya... Pandangan yang matang dan bernas.. Ciri-ciri/ Kriteria yang sudah boleh melangkah ke alam 'rumah tangga' ni... Saja bonda mengusik ni... Tksh atas perkongsian
      February 9 at 9:41am · 
    • Hafiz Zaidi terbaik..
      February 9 at 6:20pm · 
    • Hafiz Zaidi ingat tak kisah saidina ali kahwin dgn fatimah..hanya gadai baju besi utk bayar mas kahwin..ikut kemampuan lelaki,kalau pihak wanita demand tinggi2,akan memberi kesukaran pd pihak lelaki...kalau waktu umur lelaki dh 25 thn,baru dpt kerja dan gaji lbh kurang RM4000 sbln,so..insyaAllah dpt sara isteri n anak2 nanti..Kalaulah rendah hntrannya n majlis dibuat secara sederhana,mngkin belanjanya tak bnyk dan mjlis bln buat secepatnya tnpa menunggu 2-3 thn spt yg bonda cdgkan..mngkin perbezaan pndpt disini..ia suatu yg baik sbnrnya
      February 13 at 12:29am · 
    • Hafiz Zaidi 
      Bonda:Ramai je org berkahwin selepas belajar yg bercerai...klu nk diikutkan di Malaysia ni.Pepun bonda,kita sama2 berbalik pd agama...soal ilmu tntng prkhwinan bonda...klu sorng lelaki soleh brjmpa dgn wanita solehah dan berkahwin waktu belajar serta memahami tnggungjwb msng2,insyaAllah..mereka akan dilimpahi rahmat oleh Allah swt.Perceraian adalah prkara halal yg dibenci oleh Allah swt...bincang punya bincang,berbalik jg pd kefahaman agma yg mantap...Syariat Allah perlu diutamakan,pendapat manusia kdg2 blh digunakan n kdg2 xleh digunakan,wallahua'lam...
      February 13 at 12:34am ·  ·  1 person




Isu 2

Hafiz Zaidi went from being "it's complicated" to "single."
Wednesday at 8:14pm ·  · 
  • Hasmawati Abas likes this.
    • Al Mizan guano plok?
      Wednesday at 8:27pm · 
    • Hafiz Zaidi gapo tu?haha
      Wednesday at 8:30pm · 
    • Noraidah Yaakub Anakda zaidi, hari tu statusnya complicated, hari ni single....kenapa ya... Tapi bonda memang tak berapa selesa kalau letak complicated sbb seolah2 doa kita akan menyebabkan relationship itu complicated.. Lebih baik letak single. Nanti dah bertunang letak engaged (tp dalam Islam bila engaged jangan di war2kan sbb takut tak jadi), Kahwin letak married to.....Yang itu kena isytiharkan utk elak fitnah. Setuju zaidi?
      Wednesday at 9:22pm ·  ·  2 people
    • Hafiz Zaidi setuju...hehe,ni xde apa bonda..saje je tukar2,sbtulnya single
      Wednesday at 10:01pm ·  ·  1 person
    • Hafiz Zaidi bonda n keluarga sihat ke?ingat nk plan jgk gi ziarah bonda
      Wednesday at 10:07pm · 
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda zaidi, yang catat 'in a relationship' lagi tak boleh guna... Sebab seolah2 kita mempromosi pergaulan bebas pula...Kita yang dah belajar agama dan hukum ni tak payahla letak macam tu ya... Susah hati nak tegur mereka2 yang letak ' in a relationship' ni...Hubungan yang diperakui dalam Islam cuma 'nikah' saja, yang lain tu mengarut... Jangan terikut2.. Nampak simple, implikasinya mendalam.. Bonda rasa yang letak 'single' tu 'saham'nya lagi tinggi dan dihormati zaidi :)... Tak apa, tak lama lagi ni zaidi...Dah kerja nanti ramai yang akan 'berminat'..Pilihan pun lagi banyak zadi... Jgn la risau2 ya.. Saja bonda menyakat zaidi ni
      Wednesday at 10:15pm · 
    • Noraidah Yaakub Alhamdulillah , kami sihat.. Jemputlah datang ya.. Setkan masa dulu, nanti bonda kosongkan jadual bonda macam masa zaim dtg ziarah kami hari tu...
      Wednesday at 10:17pm · 
    • Hafiz Zaidi hehe...terima ksh ats ingatan,insyaAllah..beringat2 sokmo
      Wednesday at 10:27pm ·