Sunday 20 March 2011

Pakailah Lambang Kemuliaan Agama Di Kepala

            Semasa menghadiri kursus dengan Pak Su di IAB Genting Highland, Pahang, cikgu rasa sangat tersentuh dengan ucapan Pak Su pagi tu. Setiap pagi sebelum memulakan kuliah Pak Su akan memberi 'penghargaan' kepada sesiapa sahaja  yang membuat kebaikan pada hari sebelumnya atau pada pagi itu. Jadi yang menerima penghargaan pada pagi itu adalah peserta-peserta lelaki yang memakai songkok dan kopiah. Pak Su kata bukan senang kaum lelaki nak pakai sebenarnya.' Jadi jika tidak mampu pakai masa kehidupan harian,  pakailah semasa solat, tapi kalau dapat pakai memanglah sangat baik', begitulah nasihat Pak Su kepada kami pada pagi itu

            Semasa program BIG dalam hutan Jasin 2 minggu lepas semasa di kem memanglah cikgu terperanjat bila lihat hanya cuma seorang sahaja pelajar KPLI J Qaf yang memakai lambang kemuliaan agama di kepala ketika solat berjamaah. Dalam kesibukan menjalankan LDK dan pelbagai aktiviti tak sempat nak buat teguran. Rakan pensyarah cikgu ustazah Fatimah berbisik di telinga cikgu akan ketidakselesaannya akan senario di hadapan kami. Cikgu sangat setuju dengan pandangannya itu.Tetapi semasa mengajar mereka  dalam kelas KDC semasa cuti yang lepas, sempat juga cikgu menyelit isu tersebut dan  bertanya kepada salah seorang pelajar.."Ustaz apa hukumnya tidak pakai kopiah masa solat?". "Makruh, puan"  jawab seorang pelajar cikgu lulusan daripada salah sebuah universiti di Morocco sambil memandang cikgu. Cikgu tahu dia seorang pelajar yang tawadhuk sebab dia yang menjadi penghulu semasa BIG yang lepas. "Makruh tu perkara yang ALLAH SWT tak sukakan..." Cikgu mengupas lanjut. "Nak jadi ustazah pula aku pagi ni," bisik hati cikgu. Bukan  calang-calang orang di hadapan cikgu ni sebenarnya. Tapi sebagai guru mereka, cikgu takut mereka terkena 'kejutan budaya' pula sebab baru masuk IPG ni.

            "Pakailah ustaz ya..", pujuk cikgu . "Kalau pun tak mampu pada waktu kerja, buatlah masa tunaikan solat, sejuk hati saya melihat pelajar saya beramal dengan perkara yang sunat. Berilmu tanpa beramal ibarat pokok tanpa buah ustaz". Cikgu terus menyakat mereka dalam teguran,"Ustaz pernah dengar cerita kaum lelaki dipinang oleh kaum wanita?. Walaupun songkok dan kopiah bukan penanda aras baik atau buruknya seseorang, tapi lebih meyakinkan jika pelajar-pelajar J Qaf cikgu dapat mengamalkannya, paling kurang masa solat ya..Ustaz seorang yang pakai tu ada peluang dipinang tu.. tapi mas kahwin dan hantaran tetap ustaz yang kena ya..," cikgu terus menyakat ustaz berkenaan. Senyum tersipu-sipu cikgu tengok  ustaz seorang yang memakai kopiah dan ustazah-ustazah J Qaf yang lain.

            Sebagai rumusannya, sebagai hamba ALLAH SWT bagi yang lelaki elok sangat memakai lambang kemuliaan agama Islam tu walaupun ianya sunat. Bagi pelajar perempuan lambang kemuliaan agama di kepala itu adalah wajib. 'Lagi labuh lagi baik hingga dapat menutup dada ya', nasihat daripada Tn Hj Omar Abdul, mantan KJ HEP yang selalu dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan. Apatah lagi IPG kita inilah satu-satunya IPG yang mewajibkan penutupan aurat dengan sempurna. Tidak dibenarkan mendaftar selagi tidak menutup aurat semasa melapor diri di minggu pengurusan. Buatlah ibadah menutup aurat dan ibadat wajib dan sunat yang lain dari usia muda agar ia menjadi darah daging kita. Moga ALLAH SWT menerima segala amalan kita dan memberi Rahmat dan Kasih SayangNya kepada semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu.amin.
            
"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, pembuka hati-hati, penutup segala aib, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Mengetahui perkara yang ghaib"amin..Salam ketaatan sejernih embun tahajud :).  Kiriman sms seorang insan yang sangat menyentuh hati hati cikgu pada akhir 1/3 malam. Terima kasih atas ingatan dan doa kepada seorang guru dan ibu.

No comments:

Post a Comment