Saturday 23 April 2011

SUSAHNYA KAHWIN NI MAK....

Jika ALLAH mendatangkan kepadamu sesuatu yang membahayakan diri maka tiada siapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan DIA (ALLAH) jua. Dan jika DIA menghendaki engkau beroleh kebaikan, maka tiada siapa pun yang dapat menghalangi limpah kurniaNYA itu. ALLAH melimpahkan kurniaNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA daripada kalangan hamba-hambaNYA. DIA Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi.                                                                                     Surah Yunus:107

            Lucu juga rasanya mendengar ayat ini keluar daripada anak bujang cikgu yang berumur 17 tahun pada suatu petang. Cikgu memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dalam hati cikgu berkata-kata,"Orang lain yang kahwin, orang lain pula yang mengeluh ni." Sambil duduk di sebelah cikgu dia menghuraikan lagi,"Bila dah kahwin nak kena pergi rumah mertua, ipar duai, pergi ke mana-mana bersama-sama, melayan pasangan. Penat rasanya. Dah tak banyak masa  untuk diri sendiri dan dengan adik beradik sendiri." Panjang lebar huraiannya. Rasa lucu dan geli hati terbit juga dalam hati cikgu. Teringat cikgu masa majlis walimah anak sulung cikgu tempoh hari nampak dia sangat gambira apabila ada seorang tetamu bertanya adakah dia pengantin lelaki memandangkan dia  kelihatan segak berbaju melayu dan bersampin songket. Tersenyum simpul dia masa tu. Risau juga cikgu pada masa tu sebab takut dia pula yang hendak berkahwin

            Nampaknya cikgu kena 'buka' bab munakahat dan gunakan teori 'konstruktivisme' seperti yang selalu cikgu huraikan kepada guru-guru pelatih dalam kelas semasa mengajar Ilmu Pendidikan.Ini untuk membetul persepsi dan membina semula pandangan yang positif. Teringat cikgu kepada seorang rakan pensyarah yang juga berkongsi ceritanya tentang anak lelakinya yang tidak mahu berumahtangga kerana dia merasakan amat susah untuk melayan kaum wanita yang mempunyai pelbagai ragam dan kehendak. Ada juga beberapa kes kaunseling perkahwinan yang pernah cikgu uruskan dengan golongan lelaki yang merasakan perkahwinan amat menyusahkan dan membataskan kehidupan peribadinya. Ditambah lagi untuk melayan kerenah kaum wanita yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan 'berangin' pula.

            Sambil memandangnya cikgu mulakan tazkirah cikgu,"Hakim, kakak dan abang ipar Hakim itu sedang menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Seperti yang mak pesan kepada mereka untuk membina silaturrahim dan membina hubungan dengan kedua belah pihak, membina rumahtangga dengan penuh kasihsayang, menghayati kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, memainkan peranan masing-masing, muafakat, berkongsi kehidupan bersama dan membina ' syurga ' di dunia kerana ALLAH SWT untuk mendapat redha ILLAHI dunia akhirat. Mereka menegakkan sunnah Rasulullah SAW". Panjang lebar huraian cikgu kepadanya. " Memang masa kakak dengan kita sudah berkurangan dan terbatas, tapi ini permulaan sahaja kerana mereka 'baru' membina kehidupan. Beri ruang kepada mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Mak ayah dulu tidak memberi ruang kepada kakak mengalami kehidupan remajanya seperti anak-anak gadis sekarang. Seperti mak selalu tekankan yang mak ayah  tidak suka Hakim atau Angah membawa anak dara orang keluar berjalan, begitu juga mak ayah tidak suka orang lain membawa anak gadis mak keluar berjalan. Dah kahwin nanti proses 'percintaan' itu akan dilalui dengan cara 'halal' dan diredhai ALLAH SAW", terang cikgu kepadanya. "Sebab itu jangan buang masa 'bercinta' melayan perasaan, keluar berdating. Nanti masa dengan keluarga sendiri pun terabai dan terhad. Syaitan dan nafsu juga jahat dan  ingin membinasakan kita. Dah tiba masa nanti bila dah berkenankan seseorang, buat kajian dan analisis pasal latarbelakangnya, akhlak -sahsiah, nasab keturunan, ibadahnya, kemahiran pengurusan diri dan rumahtangga dan lain-lain.Yang paling penting daripada yang terpenting solat istikorah, hajat dan doa banyak-banyak. Mak ayah pun akan buat solat istikorah dan hajat untuk anak-anak"

           Cikgu meneruskan lagi perbicaraan," Sekarang ni pun selepas solat mak doakan tiap-tiap orang anak dengan menyebut namanya dan keperluannya. Kini dah tambah dengan nama abang saizan dan 'mereka-mereka' yang mak kenali dan 'dekat' di hati mak". Tersipu-sipu anak cikgu mendengar hujahan cikgu. Apa yang lebih penting 'perjuangan' membina kehidupan duniawi dan akhirat dalam usia remaja, menuntut ilmu, memperbaiki kelemahan, membina kerjaya dan 'empayar' sendiri. Disamping cikgu mendidik mereka untuk menjadi seorang anak, bakal menantu, suami/isteri dan bapa/ibu yang baik serta berkemahiran dengan kemahiran pengurusan rumahtangga. 

           Teringat cikgu kepada pesanan Saidina Ali RA tentang 3 fasa mendidik anak-anak iaitu
 i) fasa Raja
ii) fasa Hamba 
iii)fasa Sahabat. 
Bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak dalam kehidupan yang mencabar pada hari ini dalam kesibukan berkerjaya. Hendak memastikan mereka berada pada landasan yang betul dan benar. Takut juga dipersalahkan di akhirat kelak. Moga ALLAH SWT memudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi cikgu,amin

            "Ya ALLAH, perbaikilah agama kami yang merupakan panjaga urusan kami. Perbaikilah dunia kami yang merupakan tempat hidup kami. Perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami. Dan jadikan hidup ini tambahan dalam setiap kebaikan kami, serta jadikan kematian sebagai istirehat bagi kami dari setiap kejahatan." amin-H.R Muslim

Saturday 16 April 2011

" THE POWER OF SHARING "

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah- KU, maka AKU akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiran mu. Jika tidak melakukannya maka AKU akan penuhi tangan mu dengan kesibukan dan AKU tidak menutup kefakiran mu"-(Riwayat  Ahmad Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah r.a). Salam ketaatan semulia embun tahajud di pagi Jumaat!- Ucapan, ingatan dan doa yang menghiburkan hati seorang ibu daripada seorang anak di perantauan. "Moga ALLAH SWT terus memberkati, memuliakan, memberi perlindungan dan  dalam pemeliharaanNYA sepanjang kehidupan anakda di sana,amin"


             Seperti biasa amalan kami apabila di rumah pada hari cuti adalah  menyaksikan program 'Tanyalah Ustaz' bersama keluarga..Banyak ilmu, kemahiran diperolehi untuk mengubah sikap kami sekeluarga. Suami cikgu pula memberi penekanan kepada 'The Power Of Positive Thinking" sambil membawa satu penceritaan mengenai berfikiran positif untuk mengubah sikap atau tabiat yang negatif.  Cikgu teringat semasa Program BIG  bersama guru-guru pelatih KPLI j Qaf di Kem Tasik Biru pada minggu lepas. Kem Komander iaitu Tuan Haji Omar Abdul yang selalu menasihatkan para peserta kursus agar sentiasa mengamalkan 'The Power Of Sharing' setelah puas kami melakukan provokasi terhadap mereka.. Ini memastikan mereka mendapat 'insight' atau 'Aha'. Biarlah apa yang diperkatakan selaras dengan apa yang diamalkan, agar ada 'congruent' untuk memastikan ianya 'terkesan' dalam kehidupan mereka yang akan dapat dikongsikan dengan para pelajar mereka di sekolah kelak

             Teruk juga para peserta kena 'belasah' apabila fakta, hujahan, maklumat dan sikap yang tidak setara dengan amalan profesen 'keguruan'. Ini semata-mata untuk  memastikan ada perubahan hati, akal, roh dan nafsu dalam diri mereka. 4 elemen penting ini ditekan oleh Imam Al Ghazali agar para guru menjadi contoh dan suri teladan yang terbaik kepada pelajarnya. Dalam ketegasan Kem Komanden cikgu dapat merasakan ada 'kelembutan' dan 'keprihatinan'nya terhadap guru-guru pelatih agar ada perubahan sikap dan sahsiah. Kadang-kadang cikgu rasa cikgu ni lagi 'keras' dan 'tegas' dalam menangani isu-isu pendidikan. Mungkin pengalaman sebagai ibu  menyebabkan cikgu nak yang terbaik dapat dilahirkan daripada 'dalaman' mereka  memandangkan banyak dan berat tugasannya untuk mendidik ummah.

            Dalam kesibukan menemani anak bujang dan suami cikgu berjogging pagi ini sempat lagi cikgu membelek buku " Mengenal Diri Melalui Rasa Hati"...Sajak pengarang yang menyentuh sanubari dan membawa makna yang mendalam dalam hati cikgu...."The Power Of Qalb"



Jagalah RAJA Diri

Jagalah RAJA diri yang mentadbir segala rakyatnya
HATI namanya
Baik raja, baiklah rakyatnya
jahat raja, jahatlah rakyatnya, 
suluhlah hati hingga ke dasarnya

Bersihkan mazmumahnya hingga dia menjadi murni,
ia akan memancarkan cahaya hidayah ILLAHI
memenuhi seluruh anggota, hingga ke seluruh kehidupan.

Jangan hitamkan hati, 
kita akan kehilangan cahaya HIDAYAH,
fisik akan hidup terombang ambing di dalam kegelapan,

Tanda hati itu hitam ada tiga perkara,
tidak terkejut dengan dosa-dosa,
tidak menjadikan hati tempat ketaatan,
tidak menjadikan tempat menerima nasihat.

Jika lahir dan batin sama saja ketaatannya, adil namanya,
Jika yang batin lebih bersih dari yang lahir, keutamaan namanya,
Jika yang lahir nampak bersih, dalamnya kotor,
fasik atau derhaka

Kalau dibiarkan berterusan ini akan membawa kepada nifak,
jagalah hati dan bersihkan dengan sungguh-sungguh,
jangan sampai pIntunya telah tertutup rapat,
untuk menerima segala kebaikan

(Ibnu Zaman)

Teringat cikgu kepada tazkirah Hulagu Khan di pintu Kota Baghdad bersama bala tenteranya pada tahun 1253 kepada orang Islam kaum Abbasiyyin: 'Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan. Peristiwa ini berlaku setelah nasihat-nasihat ulama', cendikiawan, guru, ibu bapa dan ahli masyarakat yang bertaqwa tidak diendahkan dan lekanya umat Islam kaum Abbasiyyin dengan maksiat dan banyak mementingkan diri sendiri.. Keadaan kita di zaman ini bagaimana? Fikir-fikirkanlah ya..."The Power Of Thinking".....

Saturday 9 April 2011

SUSAHNYA MENJAGA HATI

"Ya ALLAH... Ya TUHAN ku, yang memegang hatiku, tetapkan hatiku atas agama MU (Islam) dan atas ketaatan kepada MU" amin

'Doa akan menyuburkan dan mengaktifkan sel-sel  otak. Jadi perbanyakkan doa ya',  ungkapan suami cikgu pada pagi ini sambil kami menonton program, "Tanyalah Ustaz" di TV 9

Malam tadi semasa sibuk mencari sijil-sijil lama cikgu daripada timbunan fail-fail dalam almari dan meja belajar, cikgu terjumpa buku ini... "Mengenal Diri Melalui Rasa Hati".. Buku ini antara buku  kesayangan kami, selalu dibaca untuk menjadi 'energizar'. Kami menjumpanya semasa sedang membeli belah di sebuah pasaraya di Medan Indonesia..Sudah menjadi kelaziman suami cikgu akan membeli buah tangan yang berupa buku dalam sesi 'pengembaraan' kami sebagai kenangan.. Bila membelek-belek buku ini, terkesan dengan sebuah sajak

SUSAHNYA MENJAGA HATI

Susahnya menjaga hati,
sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dengan syaitan
Masing-masing ingin mengisi, malaikat dengan hidayah,
syaitan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah, ilmu pun tidak menjamin
sekalipun ia perlu
Susahnya menjaga hati,
bila dipuji ia berbunga terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya, Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa, puncaknya putus asa
Takdir yang menimpa susah untuk redha
Ujian yang datang sabar tiada, jiwa menderita
Kelebihan orang lain hati terseksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Menegur orang suka, ditegur hati luka
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan RAJA diri
Bukankah sifat sombong pakaian raja?!
(Ibnu Zaman)

Banyak kena buat refleksi diri kita semua dalam menjalani kehidupan harian agar sentiasa dalam redhanya...
"Wahai Tuhan kami, berikan kami kesabaran yang banyak dan matikan kami dalam agama Islam". Amin Ya ALLAH

"Sensasinya Kita Kaum Wanita"

"YA ALLAH,terangi pandangan ku dengan Al-Quran dan lapangkan dadaku dengannya dan mudah - mudahan dapat aku beramal dengannya dan lancarkan lisanku dengannya.Teguhkan hatiku dengan Al-Quran dan percepatkan kefahamanku dengannya. Perkuatkan keazamanku dengan daya kekuatanMU.Sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan ENGKAU wahai TUHAN yang pengasih.Ya ALLAH,aku mempertaruhkan kepadaMU ilmu yang telah ENGKAU ajarkan kepadaku,maka kembalilah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah ENGKAU melupakan diriku,wahai TUHAN yang mentadbir sekalian alam". amin

Petang ini cikgu nak kongsikan wacana cikgu dgn seorang rakan facebook. Cikgu Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh adalah seorang guru muda lulusan daripada UTM. Cikgu mengenalinya daripada Cikgu Fatim iaitu sahabatnya semasa cikgu suami isteri membawa anak-anak  semasa cuti sekolah untuk mempelajari Kitab 'Bidayatul Hidayah' Karangan Imam AlGhazali di Pondok Derang, Kedah.


Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh :suka marah dan meninggikan suara pd suami, suka melawan cakap suami, selalu tidak bersetuju dgn pendapat suami yg benar, tidak mendengar ckp suami, ckp lebih kurang dgn suami, layan suami tidak bersungguh, tidak menghormati ibu bapa suami, tidak mahu menjaga orang tua suami, tidak menjaga pergaulan dgn lelaki ajnabi, tidak menjga aurat, tidak menjaga diri, tidak menjaga harta suami = pilihlah mana2 pintu neraka...
Thursday at 10:49am ·  · 

  • You and 5 others like this.

    • Alyn Azizuddin wah...ilu suda pnuh di dada..ape lagi???kawenla..
      Thursday at 10:53am · 

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh insyaAllah...doakanlah ye...
      Thursday at 10:57am · 

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh 
      ‎....kerana itulah kebanyakan lelaki menghidap penyakit jantung, kerana itu mungkin HASIL TANGAN wanita / isteri itu sendiri, http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=0823&pub=DuniaPendidikan&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_03.htm
      BER...See More

      Thursday at 10:58am ·  ·  1 person

    • Redho Said pehhh....ok zol cepat2 set tarikh kawen boleh gak aku bercuti ke johow skali nnt....keh2
      Thursday at 10:59am ·  ·  1 person

    • Syazana Aziz macamane kalau orang macam salah satu di atas dah tau, tapi still buat jugak?
      Thursday at 3:25pm · 

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh apa hukumnya jika jika dah tahu minum arak, tp still minum jugak? ;)
      Thursday at 3:30pm · 

    • Syazana Aziz tapi macamane kalau kita nak betulkan orang tu tanpa mengecilkan hati die?
      Thursday at 3:53pm · 

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh nana, kita tak boleh betulkan org, cuma boleh share maklumat, smpikn dakwah, dll... hanya Allah swt je yg Maha Pemberi Taufiq hidayah... jika orang tu dah "betul" dengan perkongsian maklumat / dakwah kita, maka itu adalah HIDAYAH daripd Allah semata2...
      Thursday at 3:56pm ·  ·  1 person

    • Syazana Aziz maksud kite,contohnye kalau kite tahu benda2 kat atas tu salah n nak tegur orang tu sbb tak suke dia buat macam tu, tapi macamana nak bagitahu pada orang tu yg apa yg dia buat tu tak betul?
      Thursday at 3:58pm · 

    • An Niswah ada yg ambil kesempatan terhadap isteri...menjadikan semua statement diatas sbg pengikat untuk tidak berlaku adil kepada isteri....isteri derhaka pd suami selalu diperbahaskan....ada sebenarnya suami yg derhaka pad isterinya...jarang kita perbahaskan....
      Thursday at 4:52pm ·  ·  1 person

    • An Niswah suami yg tidak melaksanakan tanggungjawab...nampak simple tp sebenarnya sangat berat....nilaian Allah terhadap suami yg begini lebih berat...ingat lelaki...jgn hanya menuding jari pd isteri....semua yang berlaku berbalik pada diri...
      Thursday at 4:54pm · 

    • An Niswah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik....lelaki yg baik untuk perempuan yang baik.....
      Thursday at 4:56pm ·  ·  1 person

    • An Niswah sekiranya berlaku juga masalah maka itu ujian Allah....apa yang penting adalah ilmu pengetahuan yang disulam dengan ketaatan dan kepatuhan lepada Allah....wallahu'alam....
      Thursday at 4:57pm ·  ·  1 person

    • Noraidah Yaakub Cikgu DzulFadli, MasyaALLAH sejak akhir-akhir ni cikgu 'baca' banyak kenyataan cikgu agak tegas dan 'marah' Kenapa ya...
      Thursday at 6:07pm · 

    • Noraidah Yaakub Mengenai mengumpat dan menfitnah tu, kalau dalam persekitaran kerjaya dan masyarakat dan negara rasanya dah 'dibudayakan' dan menjadi darah daging. 
      Thursday at 6:11pm ·  ·  2 people

    • Noraidah Yaakub Isu yang ke 2 mengenai 'masalah' kaum wanita terkini, itulah ceritanya. Jadi nak pilih isteri nanti hati-hati ya... Ramai pelakun hebat.. Dah kahwin itulah ceritanya... Banyak sesi kaunseling/penceritaan itulah kisahnya.. Moral of the story: Jadilah Pemimpin yang boleh memimpin, mengendal dan menguruskan isteri-isteri akhir zaman ini.. Cikgu doakan yang terbaik utk cikgu Dzul ya..amin. Take care
      Thursday at 6:15pm ·  ·  1 person

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh 
      thanks cgu noraidah atas feedback... saya rasa terpanggil untuk post kenyataan ni sbb lihat fenomena isteri2 di pasaraya, kedai2, dll tempat di luar, kdg2 tu dengan selamber marahkan suami, merendah2kan suami di depan orang, saya dengar dia marah suami dia, suami die diam je, ada tu sampai tersempar muka husband dia, tak baik isteri die buat gitu, kalau pun nak marah atau tengking suami pon, tunggu2 lah kat rumah ke, jaga aib suami tu... astaghfirullah.. mmg tak dapat gmbrkan kalu saya berada di tempat g2, mintak dijauhkan sgt2... ada tu dia marahkan suami dia sbb suami die lupa letak kunci kat mana, dia marah dgn nada yg tinggi "itu pun boleh lupa ke, awak yg letak kunci tu kenapa tanya saya" suami die diam seribu bahasa, depan2 orang plak tu... sekurang2nya sya post ni, meperingatkn diri saya dan rakan2, supaya kita semua tidak tergolong dalam golongan tersbut... amin...

      Thursday at 7:10pm ·  ·  2 people

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh yang mengumpat ni, sbb mmg darah daging di kawasan tempat kerja, mmg tak boleh lari... kadang2 tu tak tahu nak lari ke mana, sbb kat situ ada org mengumpat, kat sini org mengumpat, takut2 kita sendiri pon mengumpat sekali...kalau kita tak duduk sekali mereka kata kita sombong tak bergaul dgn orang, last2 kita pon mereka mengumpat sekali... ya Allah, apa dah jadi ni....
      Thursday at 7:15pm ·  ·  1 person

    • Noraidah Yaakub 
      Cg Dzul, memang ramai yang macam tu.. Kita yang dengar pun rasa aib dan malu atas tindakan mereka... Itu tak berapa sensasi sebenarnya...Baru permulaan tu... Rentetannya banyak tu..Cuba buat kajian, apa puncanya... Lemah kepimpinan suaminya sampai berani isteri tinggikan suara depan orang ramai dan tak jaga maruah dan aib suami..Jangan tengok cantik/bekerjaya/berharta/berketurunan sj. Itulah pilih isteri betul-betul, macam2 nak kena tengok kaji dan teliti..Kalau suami cg berjumpa dengan situasi yang macam ni di luar sana ,dia akan balik dan bising dgn kami semua... Cuba tengok cerita drama di TV, panggil suami dan panggilan 'awak'.. Entahla ya.. Apalah nak jadi ya.....

      Thursday at 7:23pm ·  ·  1 person

    • Noraidah Yaakub 
      Yang mengumpat tu memang 'seronok'. Yang tak seronok tu bila 'kena umpat'.. Minggu lepas cikgu beri ceramah "Budaya Kerja Cemerlang" di sebuah sekolah, itulah isu yang cikgu sentuh....Tapi 'suasana' dan 'budaya' tu berbeza dgn sekolah cina... Mereka kerja separuh nyawa.. Bila cikgu pindah ke sek keb dan nak bawa budaya tu, teruk cikgu kena perli, umpat dan kutuk. Mereka rasa cikgu nak 'tunjuk pandai'...Itulah budaya masyarakat kita.. Sampai untuk mengelak, cikgu buat master luar kampus dan sibuk dgn urusan pembelajaran cikgu bila free.. Malas nak join geng mengumpat ni... Lepas tu bila tak joint kena 'boikot'.. Cikgu dah pernah alami semuanya tapi relax aje sbb di belakang cikgu ramai rakan2 yang baik, suami dan keluarga...Tapi di sek cina , rindu pula nak dengar ucapan 'salam' daripada pelajar..Tapi 'kumpulan' ni jika baik dgn pihak pentadbiran lagi susah kita dibuatnya, dia kata kita tak'geng' pula dgn mereka.. Ada ketikanya, pentadbir pula akan 'mempunyai pandangan negatif'... Cabaran..cabaran.. Tak apa itu petanda ALLAH SWT sayang kat kita, ada orang ambil dosa kita dan beri kita pahala... So. just relax....

      Thursday at 7:38pm · 

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh hehe betul2... ada orang ambil dosa kita dan beri kita pahala... =)
      Thursday at 8:16pm ·  ·  1 person

    • Aya Fadliya 
      dunia akhir zaman..bkn tu saja,yg sy ada terbaca baru2 ni mngenai isteri yg memukul suaminya yg sedang sakit thp kritikal sbb suami mitak disediakan makanan utknya..ni ke isteri? Astagfirullah al-azim..tp kita kena kaji jgk,mana silapnya suami?? Suami tidak mampu memimpin isterinya dgn berhikmah..tidak menjalankan tggungjawab dgn sempurna dan apakah punca utama pergolakan dlm rmhtangga ni..adakah klga yg betul2 mengikut syariat Islam yg syumul akan brlaku perk2 sebegini..menurut statistik, 90% pasangan berhasrat utk brcerai adalah dikalangan mereka mengabaikan solat, sama ada suami atau isteri..

      Thursday at 8:47pm ·  ·  2 people

    • Aya Fadliya 
      suka menuding kesalahan antara satu sama lain pon bkn stu jln penyelesaian yg baik..jika bertanya kpd si suami knpa bercerai,suami akn jawab "sbb dia tak pandai urus keluarga,sibuk dgn kerjanya..sy terabai..dan bila bertanya kpd isteri,isteri akn jawab "dia tak mampu jadi suami yg baik,solat jarang sekali..mana mawaddah wa rahmah dlm ikatan perkahwinan trsebut..suka sy dgn kata2 dr ibn al-aswad –addualiy.. “jika kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama..”perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan ketenangan,barakah dan rahmat dr Allah swt..Wallahua'lam(^_^)

      Thursday at 8:49pm ·  ·  2 people

    • Noraidah Yaakub 
      Cerita "Bangau Oh Bangau" ni dah jadi sinonim dgn orang-orang kita..Kedua2 pihak salah jika kes penceraian ini sebenarnya...Betullah apa yang Cg Dzul cakap tu.. Dalam isu Kaunseling Perkahwinan ni kalau tak diniatkan kerana ALLAH, itulah jadinya.. Kahwin kerana nafsu akan manis paling kurang 3 bulan hingga 2 tahun, harta selagi berharta- dah miskin kena tinggallah, ALLAH janji akan miskinkan, kerana keturunan dan darjat ALLAH akan hina 1 hari nanti.... Pasangan masing-masing tak mengenali kekuatan, kesukaan, kepantangan, kelemahan, kemahiran melayan, tolakansur, kerjasama, muafakat dan lain-lain ciri-ciri dalaman dan luaran masing2. Pasal solat ni tak usah ceritalah, memang ramai sgt yang tak solat dan memberatkan solat. Sangatlah sedih... Apa2 pun nasihat cikgu, 'terjun' dulu dalam alam perkahwinan ini dan akan tahu tinggi-rendah, dingin-panas, kekecuhan-kedamaian dan ragam pasangan kita... Kesabaran, redha, byk2 doa dan penerimaan kekuatan dan kelemahan masing2 dan seterusnya memperbaiki diri dgn niat kerana ALLAH SWT.. Especially tempuh awal perkahwinan bila nak menyesuaikan diri. Ada yang perlukan 1thn, 2 thn, 3 thn......5thn...10thn utk penyesuaian diri ini... Cikgu doakan yang terbaik utk cg Dzul dunia dan akhirat.amin.

      Thursday at 9:06pm ·  ·  1 person

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh aya: ye betul tu, solat tunjang utama keluarga, solat dapat cegah kita daripada melakukan perkara2 yg mungkar, jika tak solat, jgn kemungkinan melakukan perkara yg mungkar itu lebih tinggi... sukalah dgn quotation “jika kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama..” :)
      Thursday at 9:15pm ·  ·  1 person

    • Mohd Dzulfadli Mohamad Saleh Pn Noraidah: terima kasih sgt2 bagi tips dan berkongsi ilmu dgn saya :)
      Thursday at 9:16pm ·  ·  1 person

  • Tksh atas perbincangan yang menarik dan bermanfaat ini.