Thursday 17 March 2011

Refleksi Diri

            Kehidupan sebagai kaunselor adalah antara pengalaman yang indah dalam kehidupan ini....
Benar kata bekas Ketua Sektor  di JPM iaitu Tn Hj Mazlan Abdullah, " Kalau cikgu sebagai orang yang  ada ilmu dan kelulusan dalam kaunseling tetapi enggan nak jadi guru kaunseling, siapa lagi yang akan membantu anak-anak yang bermasalah di sekolah.". Terasa kuat provokasi dan ketidak selesaannya terhadap cikgu semasa mula-mula cikgu menolak tawaran menjadi guru kaunseling. Terasa cikgu sangat mementingkan diri dan keluarga sahaja.. Tetapi cikgu membuat permintaan yang ditertawakan olehnya apabila menulis surat secara rasmi cuma akan menerima jawatan  guru kaunseling  jika dibenarkan mengajar terus  dua mata pelajaran kesayangan cikgu iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah.. Kena ketawa dan marah lagi bila Tn Hj Mazlan berkata, "Cikgu tak akan mampu, kerja banyak, rencam dan pelbagai,".. Setelah menjadi guru kaunseling baru cikgu sedar memang cikgu tidak akan mampu kerana isu-isu pelajar memang banyak dan perlukan perhatian yang mendalam... Terima kasih Tn Hj Mazlan Abdullah sebab kata-kata tuan  banyak membuka minda dan perspektif baru ' dunia kaunseling' dalam kehidupan  saya.

       Dua orang tokoh yang sentiasa bermain dibenak cikgu yang banyak jasa mereka dalam kehidupan cikgu ialah Prof Dr Hj Othman Muhammad (UPM) dan Allahyarham Yang Dikasihi Prof Madya Dr Lily Mastura Harun (UPM). SubhanaALLAH bersyukur ke hadrat Mu kerana dipertemukan dengan mereka. Perbincangan, wacana dan perkongsian yang banyak membentuk cikgu melihat dari kacamata seorang kaunselor. Mantap terasa ilmu hingga menyusuk di sanubari apabila mendengar butiran ayat-ayat mereka. Begitu juga dengan Allahyarham Tn Hj Ali (UPM) yang mengajar tentang ketenangan hidup dan erti kesabaran manakala Prof Dr Mizan (UPM) yang mengajar tentang bercakap secara jujur dari hati sanubari..Seterusnya bersyukur dipertemukan dengan Tn Hj Shahabudin (Pak Su) seorang yang berjiwa kebajikan sangat tinggi dan mengajar cikgu berfikir 'out of the box'. Beliau sangat kreatif dan kritis sehingga mengajar cikgu memastikan ceramah/kuliah  cikgu dengan pendengar dan pelajar dapat bertahan walaupun dalam jangka masa dua jam. Ceramah/Kuliah yang 'hidup' dan 'segar' katanya..

       Terima kasih semua guru-guru ku. Banyak jasa mu sepanjang perjalanan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam meniti kehidupan ini.Moga ALLAH SWT memberkati mu atas kebaikan dan ilmu yang  diberikan.. Kepada guru-guru yang telah dipanggil bertemu ILLAHI, moga ALLAH SWT merahmati mu dan menghimpunkan mu bersama-sama golongan yang soleh dan beriman.amin. Alfatehah.

No comments:

Post a Comment