Saturday, 19 March 2011

PERKONGSIAN II

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada MU dari dasyatnya musibah, dilingkari kesengsaraan, buruknya keputusan dan kegembiraan musuh." amin- HR Bukhari Muslim dari Abu Hurairah

Mohamad Firdaus B. Yahaya

Isu 1
Kalau nak rasa nikmat dunia,jangan pandang bende yang lebih baik daripada kita,pandanglah bende yang jauh lebih teruk daripada kita,nescaya kita akan rasa segala benda yang kite peroleh semuanya nikmat,walaupun benda tu satu kesusahan.tak caya,cuba buat.betul.
March 12 at 5:39am ·  · 

  • You and 5 others like this.



      • Noraidah Yaakub 
        Anakda Mohamad Firdaus, teringat cikgu pesanan Saidina Ali:" Lihatlah dunia dengan pandangan yang rendah, akhirat dgn pandangan yang tinggi. Makna nya di dunia ini kita lihat orang lebih tidak bernasib baik/kurang dari kita agar kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan merasai ni'matnya walaupun dlm kesusahan. Manakala utk akhirat, lihat org yang lebih banyak dan kuat dan amalannya dari kita agar kita juga turut berlumba-lumba membuat persiapan utk kehidupan di akhirat sana"

        Tapi ingat, kita masuk syurga atas KASIH SAYANG ALLAH SWT bukan kerana amalan kita.. Banyak sungguh ni'mat kurniaan ALLAH SWT yang tidak terbayar/ terbalas oleh kita yang amat lemah ini...Agar kita menjadi hamba yang tawadhuk yang jauh dari sifat-sifat mazmumah.amin. Tksh membuka ruang wacana dan refleksi diri...

        March 13 at 3:52pm · 

    • Mohamad Firdaus B Yahaya trime kasih cikgu...
      March 13 at 3:57pm · 

    • Mohamad Firdaus B Yahaya cikgu,mcm mane saye nak hadirkan perasaan sayang yang begitu mendalam kat Allah?saya dapat rasakan yang sekarang ni perasaan sayang saye dekat Allah sangat superficial sedangkan saya teringin sangat nak masuk syurga dengan orang tersayang disekeliling saya.
      March 13 at 9:35pm ·  ·  1 person

    • Noraidah Yaakub 
      Anakda Mohamad Firdaus, tersentuh hati cikgu bila membaca ayat yang Firdaus tulis di atas.. Sentuhan jiwa sedemikian pemberian ALLAH SWT utk hamba-hamba yang dikasihiNYA. Begitulah yang sepatutnya ada dalam hati sanubari kita ni..


      Apa yang penting peganga rukun Islam betul-betul. Jaga solat, jika mampu dan boleh buatlah di awal waktu. Baca Al Quran sekurang-kurangnya 1 hari 1 ain..Ikut kemampuan ya.. Pegang suruhan ALLAH SWT sungguh-sungguh, laranganNYA betul-betul jaga. Buat segala-galanya dan semua pekerjaan kerana ALLAH SWT. Ianya akan dianggap ibadah dari kita buka mata hinggakan tidur pun akan jadi ibadah utk kita. Genggam rukun iman kuat-kuat. Akidah kita 'pelihara' sungguh-sungguh. Setiap ibadah yang dilakukan bukan kerana pahala/ syurga ttp kerana kasihnya kita kepada Raja Seru Sekelian Alam yang Maha Berkuasa

      Belajar ilmu tauhid, fekah dan tasawuf agar dengan ilmu tersebut menjadi 'penyuluh' dalam isu-isu kehidupan kita.. Berguru dengan guru-guru yang mursyid. Ini sgt lah penting atas macam-macam fitnah sekarang ini- golongan wahabi, syiah, liberalisme, hedonisme dan lain-lain lagi. Guru-guru ini juga akan menegur kelemahan kita dan membersihkan jiwa kita.. Walau bagaimana pun kita kena berhati-hati kerana sekarang ini ramai yang berpura-pura dan suka menggunakan 'agama' utk mengenakan orang lain dan kepentingan diri.. Sebab itu kita tidak hairan bagaimana orang2 terpelajar tapi masih terpengauh dgn byk ajaran2 sesat..

      Banyakkan solat sunat, zikir dan selawat mengikut kemampuan kita. Pesanan ulama'- 1/3 masa utk ibadah, 1/3 utk diri dan keluarga, 1/3 utk kerjaya/ masyarakat.. Pastikan kita sentiasa dalam keadaan/ persekitaran/ suasana/ rakan2 yang boleh meningkatkan iman dan mengingat kita kepada ALLAH SWT dan RASULNYA. Banyakkan membaca bahan-bahan agama dan motivasi sebab iman ini ada turun naiknya. Kita kena buat pertimbangan iman utk 'screen' tahap iman kita.Bersihkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah- iri hati, ego, sombong, riak, takabur dll. Jika ada lintasan-lintasan cepat-cepat mohon keampunan kepada ALLAH SWT. Setelah membersihkan hati, hiasilah dgn sifat2 mahmudah- tawadhuk, pengasih, pengampun dll.

      Akhirnya nak tahu ibadah kita diterima atau tidak oleh ALLAH SWT kena nilai kesan ibadah itu pada AKHLAK kita sesama manusia terutama ibubapa dan keluarga kita.. Yang paling penting, jika tiba saat memilih jodoh, pilih pasangan yang 'beragama' kerana dia yang akan banyak membantu kita dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Kena hati-hati juga sebab ramai yang 'berpura-pura' sekarang ni .. Biarlah dia boleh menerima kita dan keluarga kita seadanya dan tidak menuntut yang bukan-bukan..

      Ingat ya anakda, syurga adalah milik ALLAH SWT. DIA akan memberi kepada sesiapa saja yang dikasihi.. Jadilah kita kekasihNYA.. Ibadah kita itu adalah kerana ALLAH SWT nak tengok usaha dan kesungguhan serta ikhtiar kita petanda kerinduan kita kepada syurga dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana.Allahualam..Moga kita dalam pilihan ALLAH SWT.amin

      "Moga ALLAH SWT mengurniakan kita syurga di dunia lagi dengan kehidupan yang diberkati dan dirahmati. Seterusnya syurga di akhirat sana. amin. Banyak-banyak doa ya anakda..Take care

      March 14 at 8:14am · 

    • Mohamad Firdaus B Yahaya insyaallah,trime kasih banyak2 cikgu.banyak sangat membantu
      March 14 at 4:13pm ·  ·  1 person


Mohamad Firdaus B. Yahaya
Isu 2

Tidaklah masuk neraka bagi mereka yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t atau makna lainnya takutkan azab Allah s.w.t.payah betul nak hadirkan perasaan takut ni kalau kita benar-benar tak dapat gambaran mcm mane bentuk azab Allah s.w.t.cume nak kongsi satu,sahabatku yang laki-laki ni serta aku jugak,matatu klu tengok benda haram kat dunia ni nanti kat akhirat kelak akan dilumur mata kita ni dengan bara api neraka.
March 15 at 12:22am ·  · 

  • You and 3 others like this.

    • Noraidah Yaakub 
      Anakda Mohamad Firdaus, betul tu... Ingat-ingatkan diri dan kawan-kawan ya..Yang perempuan pun kena ingatkan sebab cabaran dan fitnah akhir zaman ni banyak. Baik untuk orang muda atau pun golongan berumur macam cikgu ni. Isu org tua pun tak kurang hebatnya dlm realiti kehidupan. Percikan kecil api neraka kalau letak di dunia , musnah-binasa-hancur dunia ini.. Bagaimana nak tinggal lebih dari sedetik di neraka. Nauzubillahminzali'.. Alangkah tsunami, gempa bumi dan letupan bahan radioaktif nuklear di Jepun pun kita dah rasa gerun dan takut.. Bagaimana pula pilihan di akhirat yang cuma ada samada SYURGA atau NERAKA. Moga ALLAH SWT memilih kita dalam golongan yang dikasihi dan dirahmatiNYA dunia dan akhirat.amin..

      Wednesday at 6:05pm ·  ·  1 person

    • Mohamad Firdaus B Yahaya amin.trime kasih cikgu.tapi ade satu bende saya nak tanya cikgu,yang dikatakan fitnah akhir zaman mcm mne ye? setahu saya maksud fitnah tu mcm kite memfitnah orang.
      Wednesday at 8:24pm ·  ·  1 person

    • Noraidah Yaakub Bagus soalan tu....Isu yang selalu kami sekeluarga bincangkn.
      Wednesday at 9:40pm · 

    • Noraidah Yaakub 
      Firdaus, 1. Betulla yang firdaus kata fitnah tu macam menfitnah orang. 2. Fitnah juga adalah kerosakan yang dilakukan oleh 'tangan-tangan' manusia.3. Fitnah akhir zaman adalah seperti perkara yang boleh membawa kebinasaan, kerosakan, kehinaan, kehancuran dan dll musibah atas perbuatan seseorang. eg Kadang2 harta, kuasa, pangkat, anak dll boleh menjadi fitnah terhadap kita jika kita tak menguruskan dgn betul,eg fitnah kaum wanita bila berlaku unsur2 menggoda yg boleh bawa kepada pergaulan bebas, zina, lahir anak tanpa nikah, buang anak dll. eg fitnah dajal yang menbawa kepada lunturnya akidah kepada kebendaan, nafsu, syaitan mcm iluminasi.eg lain gambar2 porno dlm internet dgn langit terbuka dan dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari menyebabkan ramai anak2 muda terbabit dalam fitnah 'zina mata' dan seterusnya zina..Ini antara fitnah akhir zaman.. Cikgu kena buat kuliah pasal fitnah ni.. Huraiannya sgt luas dan mendalam dlm kehidupan kita ni. Jadi kena hati2 dalam kehidupan sekarang ni eg wanita yang spt Nabi SAW bersabda "Wanita yang berpakaian ttp bertelanjang" spt yang ada pada hari ini byk mengundang 'fitnah' pada orang lelaki- merosakkan hati, fikiran, mengganggu emosi dan kehidupan. Rasa2nya faham ya intisarinya fitnah ni. Anak2 cikgu selalu tanya 'moral of the story' sebagai rumusannya..Rumusannya 'fitnah' membawa maksud yang sgt luas dan perkara2 yg perlu kita elakkan, hati2 dan jaga sepanjang hayat kita agar ianya tak menjadi fitnah pada kita di akhirat kelak.amin .. setuju Firdaus?

      Wednesday at 10:04pm · 

    • Mohamad Firdaus B Yahaya ok,baru faham.trime kasih cikgu.banyak saya belajar.
      Wednesday at 11:06pm ·  ·  1 person

No comments:

Post a Comment