Sunday 27 March 2011

Moga ALLAH SWT Mengurniakan Kekuatan dan Kesedaran Untuk Kebangkitan Ummah.

"Kak, ingat tiba sekolah nanti tegur cikgu-cikgu tu, senyum dan hormati mereka sebagai guru dan rakan sejawat ya.." Kedengaran suami cikgu menasihati anak sulung cikgu yang akan menghadiri PBS. "Ramai yang kenal mak dan ayah sebab kami pernah dijemput berceramah di sekolah tu. Lagi pun kakak pernah bersekolah di sana dan mak juga pernah mengajar di sana". Panjang lebar suami cikgu memberi 'peneguhan' pada  pagi tu kepada anak cikgu."Kalau iqa nanti pun bila rawat patientnya pun ayah akan beri nasihat yang sama, hormati setiap insan, biarlah orang tengok wajah kita pun rasa bahagia, tenteram dan tenang, banyak tekanan akan hilang" . Itulah penekanan interpersonal dan akhlak yang kami suami isteri beri penekanan kepada anak-anak. Kalau pelajar KPLI, KPLI j-Qaf KDC, PISMP memang dah biasa dengan nasihat cikgu tentang isu ini

           Petang itu selepas tiba di rumah lama kami berbual panjang. Anak cikgu bercerita panjang tentang pengalamannya berjumpa dengan guru-guru lamanya dan nostalgianya semasa mendapat pendidikan di sana. "Ramai yang bertanyakan mak dan kirim salam kepada mak, ada pelajar KPLI dan ustaz J-Qaf terperanjat bila kak kata Pn Noraidah tu mak akak," Tersenyum anak cikgu bercerita. "Yang lebih lucu bila mereka kata mak garang dan tegas, masuk ke kelas kena 'well prepared' dan perlu bersedia sebab mak akan tanya soalan mengenai Ilmu Pendidikan". Memanglah begitu sebab selalunya untuk program KDC cikgu akan pastikan plan B iaitu nota yang telah  cikgu siapkan telah diberikan 3 hari sebelum kuliah dan mereka sudah membacanya untuk mengupas dengan lebih terperinci dalam perbincangan. Plan A nya  LCD dan soft copy bahan kuliah. Cikgu sedar mereka kekurangan masa mendapatkan bahan di perpustakaan.Kalau yang tidak bersedia tu memang akan kena lecture dan marah. "Perlu banyak membaca cikgu untuk tiba ke peringkat global" nasihat cikgu.

           "Saya ingatkan kamu akan jadi lawyer sebab kamu selalu wakili sekolah untuk pidato, hafazan dan story telling Bahasa Inggeris dan suka bercakap, tak sangka pula jadi guru pula ya," Ulasan bekas guru anak cikgu kepada anak cikgu. "Yala cikgu,di rumah saya ada 'sudut pidato', selalunya saya lah yang akan bercakap, adik-adik jadi pendengar sahaja." ujar anak cikgu. "Pn Noraidah memang pandai bercakap juga dan bijak pidatonya. Tapi saya memang takut dan hormat sungguh padanya. Jangan main-main dengannya" pelajar j-Qaf cikgu membuat ulasan pula. Anak cikgu bercerita sambil tersenyum  dan mengimbau pengalaman persekolahannya pada hari itu. Setiap hari balik dari sekolah berkongsi cerita tentang pengalamannya untuk buat 'laporan' pada ibunya agak cikgu. Seronok juga cikgu mendengar celotehnya. Sikembar selalunya akan meminta ulasan lanjut. Anak bujang cikgu pula akan betanya, "Best jadi cikgu kak?"

           Begitulah kita ya, semuanya ada kenangan dan persepsi yang tersendiri.' Jenama diri' yang perlu dijaga hingga ke akhir hayat. Tak sangka pula pelajar j-Qaf  'takut', sgt hormat dan segan  dgn cikgu. Agaknya dia tengok pensyarah Ilmu Pendidikan mereka ni gaya ustazah, selalu beri nasihat dan teguran dan paling 'terkesan' bila kena 'provokasi'  semasa BIG  agaknya. "Marah, marah.... Sayang, sayang" Itulah ungkapan yang selalu cikgu lontarkan  pada anak-anak cikgu. 'Tag' itu memang mereka dah faham. "Mak saya memang garang dan tegas." Rumusan anak-anak cikgu..

           Di tangan guru-guru inilah akan lahir ummah  yang hebat dan mereka kenalah bekerja keras untuk itu. Moga ALLAH SWT sentiasa memberi kekuatan dan kesedaran yang tinggi kepada mereka untuk memastikan kesinambungan perjuangan yang sangat dikasihi baginda RASULULLAH SAW dan para sahabat,amin.

No comments:

Post a Comment