Friday 18 March 2011

Tsunami - Tentera ALLAH SWT-Pembawa Maklumat dari ALLAH SWT

            Melihat apa yang berlaku d Jepun, benar-benar terasa keinsafannya. Siapalah kita hamba ALLAH yang lemah ni yang nak engkar akan arahan dari ILLAHI. Kita yang jauh dari sana ambil ikhtibar atas apa yang berlaku. ALLAH nak tunjukkan bagaimana maju pun manusia masih tidak akan dapat menandingi kekuasaan dan taqdirNYA. Dalam surah Al-Mulk, ALLAH SWT menyatakan bahawa DIA menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup kita menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah dan juga ujian dalam bentuk kesenangan. Seringkali apabila  diuji dengan musibah kita keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar . 'A Blessing in disguise'. Banyak pengajarannya untuk diri cikgu sebenarnya

            Teringat juga akan adik sepupu cikgu yang buat diploma, ijazah, master dan PhD di Jepun dan akhirnya berkahwin dengan gadis dari Jepun. Cikgu mengusik bapa saudara cikgu dan dah dapat agak tentu ada suatu  daya 'tarikan' di sana yang menyebabkan dia terpaut hati terus nak sambung belajar di Jepun juga. Dia terus bekerja dan menetap disana. Katanya sebab sudah lama di sana menyebabkan dia sudah selesa dengan kemajuan kehidupan melangkau 20-30 tahun ke hadapan di Jepun berbanding di Malaysia

            Apa -apa pun, kita perlu sedar akan kedudukan Jepun dalam kawasan lingkaran gunung berapi Asia Pasifik menyebabkan mereka kerap mengalami gegaran gempa bumi hingga dah jadi kebiasaan dalam kehidupan mereka. Laihan-latihan menghadapi gempa bumi juga kerap berlaku. Bangunan-bangunan di Jepun memang telah siap sedia  dibina mampu menghadapi gegaran gempa bumi. 'Bullet train' yang diicipta oleh mereka akan berhenti secara automatik jika berlaku gegaran gempa bumi. Dari sudut akhlak dan sahsiah serta moral memang tinggi . Pak Su pernah berkongsi cerita dengan cikgu bagaimana mulianya akhlak dan bermoralnya  orang Jepun dalam menjalankan perniagaan. Rakannya yang membeli kamera di sana tetapi peniaga tersebut tersalah memberi model yang berharga murah sikit. Bilik hotelnya diketuk malam itu juga. Peniaga tersebut datang berjumpanya dan berkali-kali minta maaf akan kesilapannya serta menyerahkan kembali model kamera yang sepatutnya diterima. Tahu berapa jauh perjalanannya untuk menyerahkan camera tersebut? Lingkungan jauh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Agak-agaknya lah kita yang mengaku beragama Islam ni bagaimana amalan amanah dan tanggungjawab kita dalam kehidupan harian? Refleksi diri untuk diri cikgu ni

            Lihat juga bagaimana realitinya mereka menghadapi kesan gempa bumi, tsunami dan kebocoran/letupan bahan radio aktif nuklear diloji yang berlaku serentak dan berturutan. Mereka kelihatan masih tenang dalam kecemasan. keresahan dan kesukaran yang dihadapi. Kuat sungguh jati diri mereka. Alangkah indahnya jika mereka beragama Islam. Tetapi kebanyakannya beragama Shinto dan selalu membongkokkan diri ke arah matahari terbit pada waktu pagi. Ada 'blackhole'/lompang dari sudut akidah. ALLAH SWT sudah berjanji yang maksudnya,"Bilamana penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan turunkan berkat dari langit dan bumi" -Al A'raf:96. Moga apa yang berlaku boleh mendidik kita sebagaimana firman ALLAH SWT "Berbekalkah, sesungguhnya sebaik-baik ialah taqwa- AlBaqarah.

           Cikgu akhiri dengan sajak seorang ulama' yang sangat cikgu kasihi dan hormati,

Tsunami ini sama cerita seperti di dalam Al Quran
Setelah ingatan demi ingatan tidak dipedulikan
Ancaman Tuhan pun datang memberi ingatan
Sekarang pemimpin senang memberi arahan
Sebab tsunami keinsafan sudah mulai datang

Sama-sama kita ambil khtibar dan pengajar daripada apa yang berlaku ya...

Moga kita semua sentiasa berada dibawah Naungan dan Perlindungan ALLAH SWT.amin

No comments:

Post a Comment