Semasa menjadi peserta program NLP di bawah penceramah Pn Dalina, cikgu akan sentiasa mengadakan hubungan yang baik dan rapat. Alasannya banyak yang dapat cikgu kongsi dan minta pandangan daripada 'guru' cikgu. Malahan semasa cikgu mengalami sakit pun ada ketikanya cikgu rawat melalui kaedah NLP. Tapi Pn Dalina ini hebat orang dan ilmunya sebab dia kata masalah orang Barat ini bila mereka mengkaji tentang tentang SQ atau Spiritual Quation mereka selalunya akan stuck pada peringkat 'Tasawuf" sebab mereka tak ada ilmu. Kita orang Islam memang dituntut untuk belajar bab Tauhid, Fekah dan Tasawuf, sebab itu kita boleh kaitkan dengan 'kesepaduan' ilmu..
Oleh itu setiap kali dijemput untuk berceramah, ada kalanya secara maraton 4- 6 jam, banyak cikgu kena buat 'self talk' dan kena buat kaedah 'bubbling' kepada 'audience' cikgu. "Pastikan ceramah sentiasa segar , perlu ada banyak energizer, cuma kongsi pengalaman dan kaitkan dengan pandangan Islam dan teori-teori psikologi ", pesan suami cikgu. Jadi pada minggu ini semasa dipanggil untuk beri ceramah oleh seorang gurubesar , cikgu rasa terpanggil untuk menerima dan berkongsi pelbagai isu pendidikan dan kehidupan. Jadi kali ini cikgu membawa mereka ke beberapa destinasi sebagai mengupas isu di peringkal makro/global melalui proses teori unconscious mind. Tempat yang sama-sama kami lawati ialah
i) Singapura - kisah budaya kerja cemerlang
ii) Indonesia - kisah era 50 an dan 60 an
iii) Jepun - kisah Tsunami, Gempa Bumi, Kebocoran bahan nuklear
iv) Amerika- kisah Yahudi , Senat Amerika dan Hitler
v) Libya - kisah "Lion Of The Desert- Umar Mukhtar"
vi) Rusia- kisah pelajar perubatan di sana
Seronok kami mengembara bersama-sama. Belajar sesuatu daripada kisah-kisah lampau dan boleh menjadi suri teladan. Moga pengalaman bersama yang dilalui menambahkan iman dan taqwa.amin.
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night"-Longfellow. Salam kejayaan embun tahajud- Ingatan diri daripada seorang anak dan pelajar. Terima kasih anakda atas ingatan dan doa. Moga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang ILLAHI.amin.
Sunday, 27 March 2011
Moga ALLAH SWT Mengurniakan Kekuatan dan Kesedaran Untuk Kebangkitan Ummah.
"Kak, ingat tiba sekolah nanti tegur cikgu-cikgu tu, senyum dan hormati mereka sebagai guru dan rakan sejawat ya.." Kedengaran suami cikgu menasihati anak sulung cikgu yang akan menghadiri PBS. "Ramai yang kenal mak dan ayah sebab kami pernah dijemput berceramah di sekolah tu. Lagi pun kakak pernah bersekolah di sana dan mak juga pernah mengajar di sana". Panjang lebar suami cikgu memberi 'peneguhan' pada pagi tu kepada anak cikgu."Kalau iqa nanti pun bila rawat patientnya pun ayah akan beri nasihat yang sama, hormati setiap insan, biarlah orang tengok wajah kita pun rasa bahagia, tenteram dan tenang, banyak tekanan akan hilang" . Itulah penekanan interpersonal dan akhlak yang kami suami isteri beri penekanan kepada anak-anak. Kalau pelajar KPLI, KPLI j-Qaf KDC, PISMP memang dah biasa dengan nasihat cikgu tentang isu ini
Petang itu selepas tiba di rumah lama kami berbual panjang. Anak cikgu bercerita panjang tentang pengalamannya berjumpa dengan guru-guru lamanya dan nostalgianya semasa mendapat pendidikan di sana. "Ramai yang bertanyakan mak dan kirim salam kepada mak, ada pelajar KPLI dan ustaz J-Qaf terperanjat bila kak kata Pn Noraidah tu mak akak," Tersenyum anak cikgu bercerita. "Yang lebih lucu bila mereka kata mak garang dan tegas, masuk ke kelas kena 'well prepared' dan perlu bersedia sebab mak akan tanya soalan mengenai Ilmu Pendidikan". Memanglah begitu sebab selalunya untuk program KDC cikgu akan pastikan plan B iaitu nota yang telah cikgu siapkan telah diberikan 3 hari sebelum kuliah dan mereka sudah membacanya untuk mengupas dengan lebih terperinci dalam perbincangan. Plan A nya LCD dan soft copy bahan kuliah. Cikgu sedar mereka kekurangan masa mendapatkan bahan di perpustakaan.Kalau yang tidak bersedia tu memang akan kena lecture dan marah. "Perlu banyak membaca cikgu untuk tiba ke peringkat global" nasihat cikgu.
"Saya ingatkan kamu akan jadi lawyer sebab kamu selalu wakili sekolah untuk pidato, hafazan dan story telling Bahasa Inggeris dan suka bercakap, tak sangka pula jadi guru pula ya," Ulasan bekas guru anak cikgu kepada anak cikgu. "Yala cikgu,di rumah saya ada 'sudut pidato', selalunya saya lah yang akan bercakap, adik-adik jadi pendengar sahaja." ujar anak cikgu. "Pn Noraidah memang pandai bercakap juga dan bijak pidatonya. Tapi saya memang takut dan hormat sungguh padanya. Jangan main-main dengannya" pelajar j-Qaf cikgu membuat ulasan pula. Anak cikgu bercerita sambil tersenyum dan mengimbau pengalaman persekolahannya pada hari itu. Setiap hari balik dari sekolah berkongsi cerita tentang pengalamannya untuk buat 'laporan' pada ibunya agak cikgu. Seronok juga cikgu mendengar celotehnya. Sikembar selalunya akan meminta ulasan lanjut. Anak bujang cikgu pula akan betanya, "Best jadi cikgu kak?"
Begitulah kita ya, semuanya ada kenangan dan persepsi yang tersendiri.' Jenama diri' yang perlu dijaga hingga ke akhir hayat. Tak sangka pula pelajar j-Qaf 'takut', sgt hormat dan segan dgn cikgu. Agaknya dia tengok pensyarah Ilmu Pendidikan mereka ni gaya ustazah, selalu beri nasihat dan teguran dan paling 'terkesan' bila kena 'provokasi' semasa BIG agaknya. "Marah, marah.... Sayang, sayang" Itulah ungkapan yang selalu cikgu lontarkan pada anak-anak cikgu. 'Tag' itu memang mereka dah faham. "Mak saya memang garang dan tegas." Rumusan anak-anak cikgu..
Di tangan guru-guru inilah akan lahir ummah yang hebat dan mereka kenalah bekerja keras untuk itu. Moga ALLAH SWT sentiasa memberi kekuatan dan kesedaran yang tinggi kepada mereka untuk memastikan kesinambungan perjuangan yang sangat dikasihi baginda RASULULLAH SAW dan para sahabat,amin.

Monday, 21 March 2011
PERKONGSIAN IV
"Ya ALLAH, kami mohonkan kepadaMU keampunan,dan afiat (kesejahteraan) dalam agama, dunia dan akhirat" amin- HR Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud
Hafiz Zaidi adalah di antara pelajar yang cikgu kenali sebagai seorang anak yang baik, cuma cikgu pernah menasihatkannya untuk meneruskan perkongsiannya di fb apabila dia mula mengucapakan, "Selamat tinggal fb". Banyak yang boleh dipelajari. Cuma kami sering juga berwacana dan melihat daripada perpektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, kami saling hormat menghormati dan menghargai keunikan dan perbezaan masing-masing. Itu yang dinamakan 'ukhuwah'
Hafiz Zaidi
Amir mukhlis dlm bait2 bicaranya menyebut: "aku inginkan seorang isteri yang beragama,istiqomah dgn ibadah,menjadi suri rumah demi pengorbanan utk anak-anak.Soal rezeki,biarlah Allah tentukan.Selagi kudrat ada,amir mukhlis tetap berusaha mencari rezeki utk keluarganya..MasyaAllah...hebat2.
Sunday, 20 March 2011
Pakailah Lambang Kemuliaan Agama Di Kepala
Semasa menghadiri kursus dengan Pak Su di IAB Genting Highland, Pahang, cikgu rasa sangat tersentuh dengan ucapan Pak Su pagi tu. Setiap pagi sebelum memulakan kuliah Pak Su akan memberi 'penghargaan' kepada sesiapa sahaja yang membuat kebaikan pada hari sebelumnya atau pada pagi itu. Jadi yang menerima penghargaan pada pagi itu adalah peserta-peserta lelaki yang memakai songkok dan kopiah. Pak Su kata bukan senang kaum lelaki nak pakai sebenarnya.' Jadi jika tidak mampu pakai masa kehidupan harian, pakailah semasa solat, tapi kalau dapat pakai memanglah sangat baik', begitulah nasihat Pak Su kepada kami pada pagi itu
Semasa program BIG dalam hutan Jasin 2 minggu lepas semasa di kem memanglah cikgu terperanjat bila lihat hanya cuma seorang sahaja pelajar KPLI J Qaf yang memakai lambang kemuliaan agama di kepala ketika solat berjamaah. Dalam kesibukan menjalankan LDK dan pelbagai aktiviti tak sempat nak buat teguran. Rakan pensyarah cikgu ustazah Fatimah berbisik di telinga cikgu akan ketidakselesaannya akan senario di hadapan kami. Cikgu sangat setuju dengan pandangannya itu.Tetapi semasa mengajar mereka dalam kelas KDC semasa cuti yang lepas, sempat juga cikgu menyelit isu tersebut dan bertanya kepada salah seorang pelajar.."Ustaz apa hukumnya tidak pakai kopiah masa solat?". "Makruh, puan" jawab seorang pelajar cikgu lulusan daripada salah sebuah universiti di Morocco sambil memandang cikgu. Cikgu tahu dia seorang pelajar yang tawadhuk sebab dia yang menjadi penghulu semasa BIG yang lepas. "Makruh tu perkara yang ALLAH SWT tak sukakan..." Cikgu mengupas lanjut. "Nak jadi ustazah pula aku pagi ni," bisik hati cikgu. Bukan calang-calang orang di hadapan cikgu ni sebenarnya. Tapi sebagai guru mereka, cikgu takut mereka terkena 'kejutan budaya' pula sebab baru masuk IPG ni.
"Pakailah ustaz ya..", pujuk cikgu . "Kalau pun tak mampu pada waktu kerja, buatlah masa tunaikan solat, sejuk hati saya melihat pelajar saya beramal dengan perkara yang sunat. Berilmu tanpa beramal ibarat pokok tanpa buah ustaz". Cikgu terus menyakat mereka dalam teguran,"Ustaz pernah dengar cerita kaum lelaki dipinang oleh kaum wanita?. Walaupun songkok dan kopiah bukan penanda aras baik atau buruknya seseorang, tapi lebih meyakinkan jika pelajar-pelajar J Qaf cikgu dapat mengamalkannya, paling kurang masa solat ya..Ustaz seorang yang pakai tu ada peluang dipinang tu.. tapi mas kahwin dan hantaran tetap ustaz yang kena ya..," cikgu terus menyakat ustaz berkenaan. Senyum tersipu-sipu cikgu tengok ustaz seorang yang memakai kopiah dan ustazah-ustazah J Qaf yang lain.
Sebagai rumusannya, sebagai hamba ALLAH SWT bagi yang lelaki elok sangat memakai lambang kemuliaan agama Islam tu walaupun ianya sunat. Bagi pelajar perempuan lambang kemuliaan agama di kepala itu adalah wajib. 'Lagi labuh lagi baik hingga dapat menutup dada ya', nasihat daripada Tn Hj Omar Abdul, mantan KJ HEP yang selalu dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan. Apatah lagi IPG kita inilah satu-satunya IPG yang mewajibkan penutupan aurat dengan sempurna. Tidak dibenarkan mendaftar selagi tidak menutup aurat semasa melapor diri di minggu pengurusan. Buatlah ibadah menutup aurat dan ibadat wajib dan sunat yang lain dari usia muda agar ia menjadi darah daging kita. Moga ALLAH SWT menerima segala amalan kita dan memberi Rahmat dan Kasih SayangNya kepada semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu.amin.
"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, pembuka hati-hati, penutup segala aib, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Mengetahui perkara yang ghaib"amin..Salam ketaatan sejernih embun tahajud :). Kiriman sms seorang insan yang sangat menyentuh hati hati cikgu pada akhir 1/3 malam. Terima kasih atas ingatan dan doa kepada seorang guru dan ibu.

Saturday, 19 March 2011
PERKONGSIAN III
Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon padaMU akan perkara yang menyebabkan turunnya RAHMAT MU, dorongan yang membawa keampunan MU, keselamatan dari noda dosa, keuntungan dari segala kebaikan, keuntungan akan syurga MU dan keselamatan dari api neraka" amin-HR Al Hakim dari Ibn Mas'ud
Hafiz Zaidi
Isu 1
Hafiz Zaidi
Isu 1
Perkahwinan itu 1 ibadah,mengapa sesetengah org menyusahkan perkara ibadah sehingga meletakkan hantaran terlalu tinggi sehingga mencecah Rm5000 keatas menyebabkan pihak lelaki terpaksa berhutang sana n sini@ tak memiliki kemampuan utk brkahwin.Bab kata ustaz azhar,nak jual anak ke sampai letak harga tinggi2..=)
Isu 2
Hafiz Zaidi went from being "it's complicated" to "single."
Subscribe to:
Posts (Atom)