"Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain."
-Riwayat Qudha'i dari Jabir
"Sesungguhnya ALLAH SWT lunak, tenang dan suka pada ketenangan dalam semua urusan"
-Riwayat Bukhari dan Muslim
-Riwayat Qudha'i dari Jabir
"Sesungguhnya ALLAH SWT lunak, tenang dan suka pada ketenangan dalam semua urusan"
-Riwayat Bukhari dan Muslim
Berceramah untuk pelajar fakulti perubatan UKM bersama-sama dengan
Prof Dr Mohd Shahir bin Mohamed Said
Berkongsi pengalaman dan ilmu bersama guru-guru cemerlang di Port Dickson
Bersama-sama dengan rakan-rakan fasilitator sebelum berkayak di Port Dickson
Saya: Ingat pesan Pak Su, "Senang tengok orang senang"
Sahabat: Masalahnya.. "orang tidak senang tengok saya senang"
Saya: Memanglah... kita kan "pokok yang berbuah lebat"
Selalu dibaling oleh orang kerana ingin merasai 'kelazatan' buah kita..
Pokok yang berbuah lebat memang selalu kena baling.
Pokok yang tidak berbuah orang tak pandang pun...
Maksudnya orang yang hebat ni memang selalu kena kutuk dan kata dengan
manusia. Jadi banyak sabar ya..
Sahabat: Kita 'berbuah' lebat, tetapi mereka 'berbulu' lebat
Sentiasa 'berbulu' dengan kehebatan kita...
Saya: (Intrakomunikasi dalaman : Hebat betul hujahan
sahabat ku ini..:))
sahabat ku ini..:))
Dialog di atas adalah antara cikgu dan seorang sahabat yang stress...
Cuma menasihatinya membuat refleksi diri melalui sajak di bawah:
Cuma menasihatinya membuat refleksi diri melalui sajak di bawah:
Tajamkan Bahasa Hati dan Jiwa
Bahasa hati adalah rasa dan perasaan
Bahasa akal adalah berfikir dan fikiran
Bahasa nafsu runtunan kehendak dan rangsangan
Bahasa mata adalah menangkap rupa dan warna
Bahasa lidah adalah perkataan dan percakapan
Bahasa jawarih sentuh dan menyentuh
Banyakkanlah hati berkata dan berbahasa
Tajamkanlah bahasa hati dan jiwa
Biarkan di dalam diri hati atau jiwa jadi jurubahasa
Kerana patut dan memang patut kerana dia raja
Raja dirilah pemutus kata
Raja dirilah yang punyai perintah yang sah
Yang lain-lain itu biarlah jadi rakyat yang taat setia
Yang akan menjadi rakyat yang akan berkhidmat kepada raja
Yang akan menjadi tentera-tentera yang setia
Kalau setiap manusia boleh melakukan ini semua
Perjalanan hidup mereka akan menjadi sangat indah dan berfaedah
Segala-galanya akan menuju kepada Tuhannya
Sesuai dengan kehendak Tuhan
mengapa manusia dijadikan
Iaitu mengabdikan diiri kepada ALLAH SWT
dan menjadi khalifah-Nya
- Nukilan seorang ulama' yang sangat ku kasihi dan segani.
"Ya ALLAH , Kekasih Agungku, Dikaulah yang menjadualkan padaku waktu ini menulis tentang ilmu rohani. Aku hamba-Mu yang maha dhaif ini tidak mampu rasanya untuk menyingkap tabir ilmu-Mu yang ghaib dan maha luas ini kalau bukan dengan kekuatan, pimpinan,keizinan dan ilmu yang Engkau rezekikan",ameen- petikan daripada doa seorang ulama' yang sangat ku kagumi..- Refleksi diri
semoga kita sentiasa dirahmati..aruah manan- accident motor, baru tahun pertama menjadi guru, aruah dol..rani osman...jantung...dia terlalu heavy smokers....zul baru jugak kira kira tahun 1999 tu aku sempat jumpa dia, dia baru habis u, aku ingat kes jantung jugak....tinggallah salasiah kawan kita tu...aku tak tau dimana dia.
ReplyDeleteYusof, ameen.Tksh byk atas maklumat. Memang sedih ya dengar cerita ni.. Moga ALLAH SWT menempatkan mereka bersama-sama dengan hamba-hambaNya yg soleh dan beriman, ameen. Salasiah pun memang saya tak dengar cerita.. Mungkin di Perak agaknya..Harap-harap dpt dengar khabarnya dan yang lain..Tkash byk Yusof ya...
ReplyDelete