Saturday 18 June 2011

MEMORI INDAH SEPANJANG JALAN KENANGAN DI MPPP K.T

"Cikgu itu mesranya pada wajah,
 Cikgu itu tegasnya mencorak laku,
 Cikgu itu pakarnya menguasai ilmu,
 Cikgu itu ikhlasnya hati budi,
 Cikgu itu jasanya dihitung hari ini, esok dan selamanya"
"Keikhlasan hati dibayangkan oleh mata sebab itu, orang jujur matanya bercahaya. Dan kejujuran adalah salah satu alat kecantikan bagi perempuan dan alat 'wajah cakap' bagi lelaki"- Hamka



Mula-mula nak masukkan gambar- gambar rakan-rakan seunit tetapi apabila mereka dikenalpasti  telah menutup aurat, saya perlulah menjaga 'harga diri' mereka...kenangan indah  dan manis semasa remaja. Mereka mungkin masih atau tidak pasti mengenali saya lagi...
"Bersama dengan Tokoh Guru saya"- Moga ALLAH SWT terus memberkati kita semua atas kebaikan yang telah kita lakukan kepada anak-anak didik kita"-ameen


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabakatuh & Salam Persahabatan,

Segala pujian hanya bagi ALLAH SWT  dan salam dan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Kehadapan sahabat-sahabat yang diingati,

Apa kabar semua? Doa saya semuanya sihat bersama keluarga masing-masing dan sentiasa dalam perlindungan ALLAH SWT. ALHAMDULILLAH bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk 'bertemu' semula dengan rakan-rakan sekelian di 'alam maya' setelah berpisah hampir 30 tahun. Junior saya, Arif Harun yang memperkenalkan 'kumpulan ini ' kepada saya dalam perbualan kami di alam maya ini. Tidak tahu mengapa sejak menginjak usia emas ini saya kini mempunyai hobi mengarang dan ingin mengabadikan 'pertemuan' kembali dengan rakan-rakan saya di alam maya ini. Seronok sungguh saya sepanjang minggu ini dapat melihat 'wajah-wajah' terkini sahabat-sahabat sepengajian saya di MPPP KT, walaupun hampir-hampir tidak mengenali mereka lagi.

Sebenarnya tujuan saya pada mulanya ingin mencari rakan-rakan sepengajian antara tahun 1980-1981 tetapi dianugerahkan 'kegembiraan' berganda apabila dapat juga bertemu dengan ramai junior-junior saya. Oleh kerana kita semua dah masuk usia warga emas, maka terpaksalah mencari semula nama-nama berkenaan dengan menatap kembali gambar-gambar lama sebab ditakuti tersalah orang. Oleh yang demikian, saya 'menghubungi' dulu beberapa orang kenalan yang telah saya kenalpasti mereka. Abang Hashim Mamat yang memberi galakan untuk 'berkongsi pelbagai isu di arena ini.

Kenangan Bahagia

Mengimbau kembali semasa mula-mula mendapat berita tentang MPPP KT ini saya rasa macam tidak mahu pergi memandangkan pada masa itu saya berada di Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Melaka. Tapi pujukan dan kemahuan mak dan abah serta ahli keluarga membuka sedikit 'ruang hati' saya untuk pergi. Mungkin niatnya tersalah sedikit sebab 'takut' melihat ramai graduan universiti yang mengganggur pada masa itu dan tidak tahan berulang alik dari asrama SM Tinggi Perempuan ke SM Tinggi Melaka. Akhirnya pergi juga dengan dihantar oleh abah dengan kereta bersama-sama Richard Teoh dan ayahnya. Bapa kami bertugas di tempat yang sama di Melaka. Abah memang agak garang dan tinggalkan sahaja saya di sana dengan harapan saya 'anak' yang tahu bawa diri.. Rindu sungguh pada keluarga masa tu.. Rasa sedih dan hiba silih berganti untuk membina kehidupan baru di tempat baru. Tetapi saya dididik setiap yang berlaku ada 'hikmah' yang tersurat dan tersirat. Redha sahajalah masa itu

Orang pertama yang saya temui ialah Hayani Harun(Gopeng- masih rapat dan pernah menziarahinya di Hulu Langat). Kami ditempatkan di 'Villa Tuniza' bersama-sama Kak Su, Kak Kam, Kak Am, Norlida, Rohaya, Zarina, Zubaidah Baba, Hamidah Ramli, Kak Comel (Fazillah) dan beberapa orang lagi. Selepas semakin rapat selalulah kami  berbual mengenai kisah-kisah kuliah-kuliah yang kami hadiri dan kenangan tentang telatah-telatah para pensyarah yang melucukan, bersahaja dan tegas sentiasa menjadi antara kenangan terindah kami semua

Saya ditempatkan bersama-sama dengan rakan-rakan Tesl A seperti Hasnawiah Yusof (ada berjumpa masa kami sama-sama posting KL), Hamidah Ramli (dengar cerita sudah berhenti kerja- kali terakhir bertemu di Globe KL selepas majlis pernikahannnya), Rashidah Abd Rahman (Felda Koyan), Juraini Johar, Azlina Hashim, Ahmad Nazri Md Isa, Atiqur Rahman, Alenko, Goh Joon Far, Rohaya daud, Maimun Jelani,Allahyarham Rosilawati Talib, Richard Teoh (kini pensyarah di Uitm- berjumpa dengannya semasa sama-sama service kereta), Krisnamurthy, Saadiah Ishak, Salasiah Husin, Sharifah Saharbi, Zulfatar Awang, Abdul Rahman Yahya, Surinder Singh, Selvakumar, Asokan, Rozita Abd Samad, Khoo Teng Seng, Moh Nazar Yassin, Nazini Mohd Noor, Ng Lian Hye- terima kasih atas tag nama-nama sahabat saya  ni.. Di manalah mereka sekarang ni ya..

Mereka yang terkenal pada masa itu seperti Yusof- Pak Tam     (ramah dan mesranya ), Abg Hashim Mamat (org kuat teater), Khusairi ( YDP) dan isteri Azizah Kasman, Adibah, Aloma, Azman Zaini (bos Shahputra), Norizan Yusof, Nik Hasnah, Naimah Moh Isa, Zulkifli Maliki, Yahya Selamat, Dzul Hanan, Xavier dan lain-lain

Junior yang agak rapat dengan saya seperti Zarina Hussein ( sampai kini masih mencarinya), Adziah Nasir dan Abidah (Bagan Serai), Nurul Huda dan beberapa orang lagi . Yang masih saya  kenal dalam facebook ini ialah Muhamad Zain Mat, Hanizam Mohamed dan suaminya Jaya, Zubaidah, Razita Mohamad, Arif Harun,  Mohd Hamdan, Mohd Yunus , Masri Yaacob, Syed Adnan, Mohamad Rasul Abu, Nor Rahila, Hassanudin, Allahyarham Lamin- Maaflah yang tertinggal nama ya... Saya agak rapat juga dengan junior dalam Persatuan Agama Islam... Lucu juga bila ada  junior-junior yang ingat 'tag' saya masa Minggu Orientasi -' Adik, baca ayat kursi...' :)..

Setelah mempunyai 2 orang anak ada juga saya dan suami pergi menziarahi Kak Yam dan suaminya di Kuala Trengganu setelah  habis saya menghadiri kursus di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Sedih bercampur gembira masa itu . Masa berlalu terlalu pantas, tak disedari sudah berlalu hampir 30 tahun semuanya berlalu

Kenangan yang paling manis ialah semasa secara berkumpulan memanjat Bukit Besar di belakang maktab selepas waktu asar, jogging selepas subuh di Pantai Batu Buruk, makan nasi  dagang di perjalanan pulang ke rumah sewa kami di Pasir Panjang, shopping di bandar Kuala Trengganu, menyertai Program anak angkat di  Kg Pantai  Ali dan Mukim Ulu Tersat. Agaknya atas kenangan -kenangan inilah ALLAH SWT mengurniakan saya menantu dari Terengganu :).

Saya berbesar hati dan gembira apabila mengetahui Allahyarham Datuk Razali Ismail yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran adalah pensyarah penyelia praktikum saya di salah sebuah sekolah di bandar Kuala Trengganu. Teringat saya apabila dia telah selesai menyelia saya, dia terus membuat remarks 'thumb up' sambil mengucapkan 'good' menjadi kenangan manis sepanjang  hayat saya dalam alam pendidikan. Seronoknya pada masa itu kerana pengajaran dan pembelajaran  mengikut kaedah drama memandangkan Allahyarham adalah orang kuat teater

Kenangan indah juga kami berhari raya di Kelantan dan Trengganu kerana selalunya kami tidak balik ke kampung atas alasan perjalanan yang jauh dan memenatkan. Arwah mak saya akan 'pos'kan rendang kering untuk saya di Trengganu. Bila dah jadi mak baru saya sedar akan kasih sayang yang mendalam seorang ibu kepada anaknya. Memanglah meriah sambutan Hari Raya Haji/Korban di sana.

Berita Duka

Sedih rasanya apabila mendapat berita kepulangan ke rahmatullah Datuk Razali Ismail. Lebih menyedihkan lagi saya tidak sempat bertemu dengannya  semasa beliau menjadi pengerusi panel Forum sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Melaka atas beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Terkilan sungguh rasanya. Begitu juga apabila mendapat berita tentang Allahyarham Rosilawati Talib, seorang rakan yang suka tersenyum, jarang marah, rajin cuma semasa belajar sekelas lagi Allahyarham seringkali menyatakan dirinya kurang sihat. Allahyarham Lamin yang dikenali sebagai junior yang baik, agak pendiam dan pemalu orangnya, sedih juga bila mendapat berita tentang  kemalangan yang menimpanya dan kepulangannya ke rahmatullah. Moga mereka ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambanya yang soleh/solehah dan beriman, ameen..Perjalanan kehidupan kita sudah tersurat segala-galanya iaitu ajal maut, saat kematian, tanah perkuburan, jodoh dan rezeki adalah di tangan ALLAH SWT. Kita perlu redha.. Kita dari golongan Ahli Sunnah Waljamaah  perlu berusaha dan berdoa moga kita dikurniakan yang terbaik bagi kehidupan di dunia dan akhirat, ameen


Sebelum saya akhiri warkah ini, saya ingin mengucapakan selamat maju jaya dalam bidang yang kita ceburi ini. Moga kita menjadi pendidik/ pentadbir/ pengurus/ pengkaji yang berkesan dan terkesan di hati anak-anak didik kita dan orang di bawah  kita..Terima kasih menjadikan 'kehidupan' saya di Terengganu antara kenangan yang terindah dalam kehidupan saya...Moga silaturahim kita berpanjangan dan diberkati, ameen


Yang benar,


Noraidah Yaakub
TESL A- 1980/81


"Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. " ameen

6 comments:

  1. Assalamualaikum, Alhamdulillah,terkenang sejenak kenangan lalu ketika diMPPKNP Kuala Terengganu. Tahniah Noraidah atas coretan Memori Indah Sepanjang Jalan Kenangan Di MPPKNP. Sebenarnya FB juga telah mengimbau kenangan kita dan rakan2 yang sekian lama hilang menyepi...kini InsyaAllah kita dapat disuakan semula suatu hari nnti.
    Saya masih di K.Trg dan jika kebetulan dtg sini bolehlah call saya 0199363658, rumah dekat dengan Muzium Losong dan TTI.
    Semoga kalian sekeluarga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam Cikgu Zul, ALHAMDULILLAH dan terima kasih juga ya..InsyaALLAH jika saya ke Trengganu saya akan menghubungi cikgu dan keluarga ya.. Jemput juga untuk datang bersama keluarga ke Melaka ya..Wajah cikgu Zul tak banyak berubah.. macam dulu lagi sbb itu cepat juga saya mengenalpasti..Moga kita semua terus diberkati dan dirahmati bersama keluarga masing-masing, ameen. Jaga diri. Wassalam.

    ReplyDelete
  3. aidah...aku baca entri kau masuk 4 kali...imbauan kenangan lama..yang amat terkesan..aidah, ketika usia kita sebegini, anak anak dah besar dan dah mula meninggalkan kita, kita semakin,kesunyian dan kenangan lama mula menjadi teman...for ur info zulfatah dan meninggal dunia...rani othman ( dol ) junior kita dah meninggal..manan kelas aku dah meninggal...dan aku bukan org glomur masa maktab,....aku org yang happy go lucky gitu

    ReplyDelete
  4. Kembara Kelana, terima kasih ya kerana sudi membaca dan berkongsi..Betul apa yg Yusof kongsi tu...Anak-anak semakin dewasa dan kita banyak mempunyai 'ruang' sendiri utk buat refleksi diri setiap hari.. Terima kasih atas info, sedih dpt berita Zulfatah meninggal dunia, Rani Othman saya kenal, Manan dr Unit Sains pun sy kenal.. Moga ALLAH SWT mengampunkan dan menempatkan ruh mereka dikalangan hamba-hambanya yg soleh dan beriman, ameen.. Sakit apa ya Yusof kesemuanya Allahtarham? Kita semua dlm pelayaran menuju ke pelabuhan terakhir dalam usia warga emas ni.Moga akhir hayat pulang dalam keadaan yg beriman, ameen..Rasa insaf dengar ramai kawan-kawan telah pergi lebih awal dari kita..Yusof memang anak muda yg terkenal, peramah dan sempoi(happy go lucky)..:)

    ReplyDelete
  5. salam cikgu tau tak sharifah saharbi kat mana skrg sbb dia lecturer sy kt mppp masa pengajian 1994-1996 dgr khabar dh migrate after she got married to a mat salleh.how can i reach her?

    ReplyDelete
  6. jenna ismail, Pn Sharifah Saharbi memang kawan sekelas cikgu semasa di Maktab Trengganu dahulu. Minta maaf , cikgu pun tak berjumpa dengannya setelah kami tamat belajar. Kalau ada sebarang berita mengenainya nanti cikgu hubunginya ya. Terima kasih

    ReplyDelete