Saturday 23 April 2011

SUSAHNYA KAHWIN NI MAK....

Jika ALLAH mendatangkan kepadamu sesuatu yang membahayakan diri maka tiada siapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan DIA (ALLAH) jua. Dan jika DIA menghendaki engkau beroleh kebaikan, maka tiada siapa pun yang dapat menghalangi limpah kurniaNYA itu. ALLAH melimpahkan kurniaNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA daripada kalangan hamba-hambaNYA. DIA Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi.                                                                                     Surah Yunus:107

            Lucu juga rasanya mendengar ayat ini keluar daripada anak bujang cikgu yang berumur 17 tahun pada suatu petang. Cikgu memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dalam hati cikgu berkata-kata,"Orang lain yang kahwin, orang lain pula yang mengeluh ni." Sambil duduk di sebelah cikgu dia menghuraikan lagi,"Bila dah kahwin nak kena pergi rumah mertua, ipar duai, pergi ke mana-mana bersama-sama, melayan pasangan. Penat rasanya. Dah tak banyak masa  untuk diri sendiri dan dengan adik beradik sendiri." Panjang lebar huraiannya. Rasa lucu dan geli hati terbit juga dalam hati cikgu. Teringat cikgu masa majlis walimah anak sulung cikgu tempoh hari nampak dia sangat gambira apabila ada seorang tetamu bertanya adakah dia pengantin lelaki memandangkan dia  kelihatan segak berbaju melayu dan bersampin songket. Tersenyum simpul dia masa tu. Risau juga cikgu pada masa tu sebab takut dia pula yang hendak berkahwin

            Nampaknya cikgu kena 'buka' bab munakahat dan gunakan teori 'konstruktivisme' seperti yang selalu cikgu huraikan kepada guru-guru pelatih dalam kelas semasa mengajar Ilmu Pendidikan.Ini untuk membetul persepsi dan membina semula pandangan yang positif. Teringat cikgu kepada seorang rakan pensyarah yang juga berkongsi ceritanya tentang anak lelakinya yang tidak mahu berumahtangga kerana dia merasakan amat susah untuk melayan kaum wanita yang mempunyai pelbagai ragam dan kehendak. Ada juga beberapa kes kaunseling perkahwinan yang pernah cikgu uruskan dengan golongan lelaki yang merasakan perkahwinan amat menyusahkan dan membataskan kehidupan peribadinya. Ditambah lagi untuk melayan kerenah kaum wanita yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan 'berangin' pula.

            Sambil memandangnya cikgu mulakan tazkirah cikgu,"Hakim, kakak dan abang ipar Hakim itu sedang menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Seperti yang mak pesan kepada mereka untuk membina silaturrahim dan membina hubungan dengan kedua belah pihak, membina rumahtangga dengan penuh kasihsayang, menghayati kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, memainkan peranan masing-masing, muafakat, berkongsi kehidupan bersama dan membina ' syurga ' di dunia kerana ALLAH SWT untuk mendapat redha ILLAHI dunia akhirat. Mereka menegakkan sunnah Rasulullah SAW". Panjang lebar huraian cikgu kepadanya. " Memang masa kakak dengan kita sudah berkurangan dan terbatas, tapi ini permulaan sahaja kerana mereka 'baru' membina kehidupan. Beri ruang kepada mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Mak ayah dulu tidak memberi ruang kepada kakak mengalami kehidupan remajanya seperti anak-anak gadis sekarang. Seperti mak selalu tekankan yang mak ayah  tidak suka Hakim atau Angah membawa anak dara orang keluar berjalan, begitu juga mak ayah tidak suka orang lain membawa anak gadis mak keluar berjalan. Dah kahwin nanti proses 'percintaan' itu akan dilalui dengan cara 'halal' dan diredhai ALLAH SAW", terang cikgu kepadanya. "Sebab itu jangan buang masa 'bercinta' melayan perasaan, keluar berdating. Nanti masa dengan keluarga sendiri pun terabai dan terhad. Syaitan dan nafsu juga jahat dan  ingin membinasakan kita. Dah tiba masa nanti bila dah berkenankan seseorang, buat kajian dan analisis pasal latarbelakangnya, akhlak -sahsiah, nasab keturunan, ibadahnya, kemahiran pengurusan diri dan rumahtangga dan lain-lain.Yang paling penting daripada yang terpenting solat istikorah, hajat dan doa banyak-banyak. Mak ayah pun akan buat solat istikorah dan hajat untuk anak-anak"

           Cikgu meneruskan lagi perbicaraan," Sekarang ni pun selepas solat mak doakan tiap-tiap orang anak dengan menyebut namanya dan keperluannya. Kini dah tambah dengan nama abang saizan dan 'mereka-mereka' yang mak kenali dan 'dekat' di hati mak". Tersipu-sipu anak cikgu mendengar hujahan cikgu. Apa yang lebih penting 'perjuangan' membina kehidupan duniawi dan akhirat dalam usia remaja, menuntut ilmu, memperbaiki kelemahan, membina kerjaya dan 'empayar' sendiri. Disamping cikgu mendidik mereka untuk menjadi seorang anak, bakal menantu, suami/isteri dan bapa/ibu yang baik serta berkemahiran dengan kemahiran pengurusan rumahtangga. 

           Teringat cikgu kepada pesanan Saidina Ali RA tentang 3 fasa mendidik anak-anak iaitu
 i) fasa Raja
ii) fasa Hamba 
iii)fasa Sahabat. 
Bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak dalam kehidupan yang mencabar pada hari ini dalam kesibukan berkerjaya. Hendak memastikan mereka berada pada landasan yang betul dan benar. Takut juga dipersalahkan di akhirat kelak. Moga ALLAH SWT memudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi cikgu,amin

            "Ya ALLAH, perbaikilah agama kami yang merupakan panjaga urusan kami. Perbaikilah dunia kami yang merupakan tempat hidup kami. Perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami. Dan jadikan hidup ini tambahan dalam setiap kebaikan kami, serta jadikan kematian sebagai istirehat bagi kami dari setiap kejahatan." amin-H.R Muslim

6 comments:

  1. Thanks bonda.. Baraka allahukuma.. moga perjuanga dalam hidup ini dalam keberkatan & diredhai NYA...

    ReplyDelete
  2. kalimah seorang insan bergelar ibu buat anak-anaknya..(^_^)b

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, betapa cikgu menerapkan nasihat dengan baik sekali buat anak-anak mengenai munakahat..

    ReplyDelete
  4. Anakda Azhar: amin, terima kasih. Moga ada pengajarannya buat semua. Bonda doakan yang terbaik untuk azhar ya.

    ReplyDelete
  5. Anakda Imannurbalqis: Terima kasih ya..Cikgu doakan yang terbaik untuk mu ya.amin. take care

    ReplyDelete
  6. Anakda Nur Ilyani Abd Munir:Terima kasih ya.. Cikgu doakan yang terbaik buat mu.. Begitulah jika nak jadi ibu yang solehah untuk menerapkan ilmu dan menghayati Islam sebagai addin. Cabaran amat hebat sekarang ni. Take care

    ReplyDelete