Saturday 16 April 2011

" THE POWER OF SHARING "

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah- KU, maka AKU akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiran mu. Jika tidak melakukannya maka AKU akan penuhi tangan mu dengan kesibukan dan AKU tidak menutup kefakiran mu"-(Riwayat  Ahmad Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah r.a). Salam ketaatan semulia embun tahajud di pagi Jumaat!- Ucapan, ingatan dan doa yang menghiburkan hati seorang ibu daripada seorang anak di perantauan. "Moga ALLAH SWT terus memberkati, memuliakan, memberi perlindungan dan  dalam pemeliharaanNYA sepanjang kehidupan anakda di sana,amin"


             Seperti biasa amalan kami apabila di rumah pada hari cuti adalah  menyaksikan program 'Tanyalah Ustaz' bersama keluarga..Banyak ilmu, kemahiran diperolehi untuk mengubah sikap kami sekeluarga. Suami cikgu pula memberi penekanan kepada 'The Power Of Positive Thinking" sambil membawa satu penceritaan mengenai berfikiran positif untuk mengubah sikap atau tabiat yang negatif.  Cikgu teringat semasa Program BIG  bersama guru-guru pelatih KPLI j Qaf di Kem Tasik Biru pada minggu lepas. Kem Komander iaitu Tuan Haji Omar Abdul yang selalu menasihatkan para peserta kursus agar sentiasa mengamalkan 'The Power Of Sharing' setelah puas kami melakukan provokasi terhadap mereka.. Ini memastikan mereka mendapat 'insight' atau 'Aha'. Biarlah apa yang diperkatakan selaras dengan apa yang diamalkan, agar ada 'congruent' untuk memastikan ianya 'terkesan' dalam kehidupan mereka yang akan dapat dikongsikan dengan para pelajar mereka di sekolah kelak

             Teruk juga para peserta kena 'belasah' apabila fakta, hujahan, maklumat dan sikap yang tidak setara dengan amalan profesen 'keguruan'. Ini semata-mata untuk  memastikan ada perubahan hati, akal, roh dan nafsu dalam diri mereka. 4 elemen penting ini ditekan oleh Imam Al Ghazali agar para guru menjadi contoh dan suri teladan yang terbaik kepada pelajarnya. Dalam ketegasan Kem Komanden cikgu dapat merasakan ada 'kelembutan' dan 'keprihatinan'nya terhadap guru-guru pelatih agar ada perubahan sikap dan sahsiah. Kadang-kadang cikgu rasa cikgu ni lagi 'keras' dan 'tegas' dalam menangani isu-isu pendidikan. Mungkin pengalaman sebagai ibu  menyebabkan cikgu nak yang terbaik dapat dilahirkan daripada 'dalaman' mereka  memandangkan banyak dan berat tugasannya untuk mendidik ummah.

            Dalam kesibukan menemani anak bujang dan suami cikgu berjogging pagi ini sempat lagi cikgu membelek buku " Mengenal Diri Melalui Rasa Hati"...Sajak pengarang yang menyentuh sanubari dan membawa makna yang mendalam dalam hati cikgu...."The Power Of Qalb"



Jagalah RAJA Diri

Jagalah RAJA diri yang mentadbir segala rakyatnya
HATI namanya
Baik raja, baiklah rakyatnya
jahat raja, jahatlah rakyatnya, 
suluhlah hati hingga ke dasarnya

Bersihkan mazmumahnya hingga dia menjadi murni,
ia akan memancarkan cahaya hidayah ILLAHI
memenuhi seluruh anggota, hingga ke seluruh kehidupan.

Jangan hitamkan hati, 
kita akan kehilangan cahaya HIDAYAH,
fisik akan hidup terombang ambing di dalam kegelapan,

Tanda hati itu hitam ada tiga perkara,
tidak terkejut dengan dosa-dosa,
tidak menjadikan hati tempat ketaatan,
tidak menjadikan tempat menerima nasihat.

Jika lahir dan batin sama saja ketaatannya, adil namanya,
Jika yang batin lebih bersih dari yang lahir, keutamaan namanya,
Jika yang lahir nampak bersih, dalamnya kotor,
fasik atau derhaka

Kalau dibiarkan berterusan ini akan membawa kepada nifak,
jagalah hati dan bersihkan dengan sungguh-sungguh,
jangan sampai pIntunya telah tertutup rapat,
untuk menerima segala kebaikan

(Ibnu Zaman)

Teringat cikgu kepada tazkirah Hulagu Khan di pintu Kota Baghdad bersama bala tenteranya pada tahun 1253 kepada orang Islam kaum Abbasiyyin: 'Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan. Peristiwa ini berlaku setelah nasihat-nasihat ulama', cendikiawan, guru, ibu bapa dan ahli masyarakat yang bertaqwa tidak diendahkan dan lekanya umat Islam kaum Abbasiyyin dengan maksiat dan banyak mementingkan diri sendiri.. Keadaan kita di zaman ini bagaimana? Fikir-fikirkanlah ya..."The Power Of Thinking".....

No comments:

Post a Comment