Monday 4 April 2011

MORAL OF THE STORY

"Ya ALLAH, muliakanlah bondaku ini, bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya & kesihatannya, kuatkan imannya, tinggikan darjatnya, eratkan tali persaudaraan kami & kabulkan do'anya, ameen"- Salam ukhuwwah ya ahlan bina....Salam bahagia Jumaat, bonda:)


Begitulah pelbagai doa yang selalu cikgu terima menjelang akhir 1/3 malam saban minggu pada  hari Jumaaat. Tersentuh dan bahagia rasanya hati seorang ibu..Selalu cikgu kongsi doa-doa dan ayat-ayat motivasinya dengan suami dan anak-anak cikgu akan ' kebahagian' ini daripada seorang anak yang bertugas di seberang Laut Cina Selatan. 

'Moga Anakda terus diberkati, dirahmati, dikurniakan kekuatan, kemudahan, kelapangan, kesihatan dan perlindungan ILLAHI dalam menjalani kehidupan di sana, ameen'

Catatan di blog ini  adalah untuk kenangan hidup cikgu dan panduan bagi yang membaca. Moga ianya membantu memberi manfaat bersama ya...
 

Cerita 1

Sejenak zikir.. :)





by Rusli Zaim on Sunday, March 27, 2011 at 6:21am

Suatu hari, seorang Prof keluar bercuti di suatu kawasan pedalaman.
Tiba di suatu sungai, beliau naik ke atas sebuah sampan.
Prof: Anak muda, adakah kamu pandai menulis atau membaca?
Pendayung: Tidak. Sy tidak pandai menulis mahu pun membaca.
Prof: kamu sudah rugi sepatuh dari hidup kamu.
(selepas seketika)
Prof: Kamu ada menyimpan wang atau melabur?
Pendayung: Tiada. Sy tiada menyimpan mahu pun melabur.
Prof: Kamu sudah kerugian separuh masa depan kamu.
(selepas seketika, sampan tiba-tiba bocor. Air mula masuk ke dalam sampan)
Pendayung: Prof, kamu pandai berenang atau menyelam?
Prof: Tidak! Sy langsung tidak pandai. 
Pendayung: Kamu sudah kerugian SELURUH hidup kamu!
- Sedikit modal utk sama2 bermuhasabah! :)
Kuliah subuh
Surau Al-Muhajirin,
Matang Jaya
 ·  · Share
    • Husairi Hussin good dear!
      March 28 at 6:37pm · 
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda, ayahda bercerita pada kami sekeluarga ada sambungan lagi cerita tu.. Nanti bonda sambungkan... Kemudian tiba-tiba ribut berlaku dan sampan yang mereka naiki hampir tenggelam. Pendayung bertanya: Adakah tuan tahu berenang? Prof: Saya tidak tahu berenang. Dalam kejadian ribut taufan itu sampan itu tenggelam. Anak muda itu selamat tiba di daratan kerana kebolehannya berenang. Manakala prof itu tenggelam dan mati lemas kerana tidak tahu berenang.. Ayahda kata , moral of the story: Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain. Mungkin daripada akademik dan pengetahuan seseorang tu kurang , tapi pengetahuan ttg 'kehidupan' dan 'pengalaman' mungkin dia lebih. Jadi kita kena menghormati sesama insan...Betul Dr Zaim?
      March 28 at 7:13pm ·  ·  1 person
    • Rusli Zaim Salam, maaf lmbt reply Bonda.. ye, betul tu. oh rupanya Ayahda pn ada sambungan cerita tu? Kalu ayahda yg bercerita mesti lg happening. :) em, moral of da story tu betul Bonda. hanya org yg merendah diri serendah rumput mampu belajar dari ilmu kehidupan yg seluas lautan. kan ilmu Allah tu Maha Luas.. apatah lg ilmu hamba yg amat terbatas n limited ni :) Bonda ayahda sihat?
      Saturday at 1:29pm ·  ·  2 people
    • Noraidah Yaakub 
      W'salam anakda zaim, Alhamdulillah kami semua sihat. Cuma sibuk dgn urusan 'duniawi' yang tak abis-abis ni ya anakda. Sorry, hari tu bonda tak perasan dah tercatat sambungannya oleh anakda. Itula ya bila membaca dalam kesibukan dan sepintas lalu shj.. Cuma ayahda bila membaca buku dan tiba ke bahagian yang dia nak share dgn kami, ayahda akan baca kuat-kuat dan kami semua akan 'melopong' memandang ke arahnya dgn penuh tanda tanya...Lepas tu ayahda akan buat joke sikit2 dgn 'mengusik' kami yang menjadi pendengarnya dgn 'insiden' yang hampir sama yang pernah berlaku pada kami. Siapalah yang menjadi 'mangsa' setiap kali 'penceritaan' berlaku.. Kemudian buat rumusan dgn 'moral of the story". Ayahda kata 'mendidik dalam suasana santai". Thanks anakda for the sharing..It's really touching. Take care
      Saturday at 4:24pm · 


Cerita 2


Rusli Zaim

Narrated Ibn ‘Abbas: The Prophet used to

say at the time of difficulty,
‘La ilaha il-lallah Al-’Alimul-Halim. La-ilaha il-lallah Rabul- Arsh-al-Azim, La ilaha-il-lallah Rabus-Samawati Rab-ul-Ard; wa Rab-ul-Arsh Al-Karim.’
This special du'a recommended to be recited by mothers during in the phase of labour :) iAllah, evrthing will be easy
March 26 at 7:58pm via iPhone ·  · 
  • You and 7 others like this.
    • Noraidah Yaakub Anakda, doa & zikir yang baik diamalkan berdasarkan pengalaman. Bonda dapat drpd Syeikh Abdul Rahim Khaliq Al Hafiz untuk amalan semasa mengandung. Tksh atas ingatan ttg doa ini
      March 28 at 7:26pm · 
    • Rusli Zaim 
      em, teringat ada satu pesakit saya pesan utk azankan anaknya sewaktu anaknya sudah nak lahir. tapi ayahnya dengan senyum2 menjawab, 'Sy da lame xsolat la Dr. Lagi pun, saya xtau mcamana nk azan la..' kesian kpd bakal ayah ni, sy ajarkan azan n nasihat pdnya kalau da jadi bapa nnt jgn buat gaya sama mcm masih bujang. Ada tgjwb nk dipikul spt didik anak n isteri. kalau kita sik solat, mauk sik kitak nangga anak kitak pn sik solat? Alhmdulillah, dia berazam nak ubah semuanya selepas ni. waktu nak pulang, sy accidentally jumpa mak ayah tu skali ngan baby, ttb dia salam n cium tgn saya! huhu harapnya Allah bentangkn hidayah , mahabbah n sakinah berpanjangan pd keluarga tersebut.. Ameen!
      Saturday at 1:33pm ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub 
      Anakda, sedih dan tersentuh bonda dengar cerita ni ya... Sekurang-kurangnya anakda dah jalankan tanggungjawab sesama Islam. Alhamdulillah, gembira bonda dengar akhiran 'cerita' ini.. Dapat bonda bayangkan bagaimana ' Dr Zaim' ni memberi nasihat dan tunjuk cara dengan penuh 'hikmah'. ALHAMDULILLAH. Begitulah realiti kehidupan di luar sana anakda..Memang menyedihkan.. Masa bonda mengajar di sekolah menengah dulu, bonda buat 'kajian tindakan' tentang solat ni. Untuk Tingkatan 1 shj 95% yang tak solat dan buat perincian kenapa tak solat.. Dapatannya, mak ayah tak solat, tak tahu solat dll. Kemudian bonda gembelingkan semua tenaga guru Islam di sekolah dan buat klinik solat.. Ada stesen utk wudhuk, dan bacaan-bacaan solat. Perkukuhkan dengan "Program Malam Munajat" utk latih mereka qiamulail. Sekurang-kurannya ada pengajaran amalan dan kenangan.. Ya ALLAH, seronok dan bahagia mengingati saat-saat tu... Bonda rasa nak kembali bertugas di sekolah.."lapangan dakwahnya sgt luas dan kita deal dgn client secara direct.. Kadang-kadang pesan dengan anak-anak jika mereka leka dan solat lewat,"Malu kita dgn ALLAH SWT, apa nak jawab dgnNYA nanti. Ni'matnya macam-macam yang diberi tapi kita 'lalai' dalam kesenangan" Moga kita semua terus menjadi pilihanNYA & dikurniakan taufi' dan hidayahNYA,ameen. Take care
      Saturday at 4:48pm · 
    • Noraidah Yaakub Anakda zaim, bonda cerita dgn ayahda insiden anakda. Responnya,"What a great doctor!" Alhamdulillah.. Begitulah ya jika kerjaya disulami dengan sifat TAQWA. Kami ambil cerita anakda untuk dikongsi dengan audience kami untuk ceramah "Parenting Skills". Izinkan kami anakda ya.. Terima kasih dan take care
      Saturday at 6:17pm · 



No comments:

Post a Comment