Sunday 3 April 2011

PERJALANAN MENUJU ILLAHI

"Ya ALLAH, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal dari MU, jauhkanlah aku rezeki yang telah ENGKAU haramkan dan berikanlah aku kekayaan dengan anugerah MU, bukan selain MU, amin"-H.R Tirmizi dari Ali

Selalunya sebelum mengambil wacana di fb, cikgu akan minta kebenaran daripada mereka yang berkenaan.. Selalunya semuanya izinkan.. Wacana yang diambil semuanya berkesan dan terkesan di hati sanubari cikgu.. Moga berlaku penambahan dan peningkatan iman dalam setiap perbincangan, amin.


Nazil Azadi Azlan
Sedar atau tidak,manusia didunia ini berada dalam perjalanan kpd Tuhannya.Tidak dapat tidak,kita akan menemui Tuhan kita utk menerima pembalasan-Nya dari perbuatan buruk mahupun baik.
Yesterday at 4:38pm ·  · 
  • You, Siti Illani Hj Shahbudin and 17 others like this.
    • Muhammad Marwan coming home la maksud die
      Yesterday at 4:56pm · 
    • Nazil Azadi Azlan marwan: jgn layan melampau sgt..
      Yesterday at 5:35pm · 
    • Noraidah Yaakub Anakdal Nazil Azadi, ya betul tu.. tksh atas ingatan.. Kita dalam kesibukan urusan duniawi yang tak pernah abis ni.. Sekurang-kurangnya catatan ringkas ni mengingatkan cikgu & keluarga..
      Yesterday at 5:36pm · 
    • Noraidah Yaakub Selalu cikgu selitkan doa, "Jika sekiranya kehidupan itu lebih baik, hidupkan cikgu dengan penuh keimanan, jika kematian lebih baik, biarlan mati dalam keadaan husnul khatimah, dan jangan tinggalkan cikgu dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi walaupun sedetik, sesaat dan seketika. " amin. Pertemuan kita denganNYA adalah PASTI cuma cepat atau lambat sahaja. Ingatan ini boleh menyedarkan kita dari kealpaa, keegoan, kesombongan dan sifat-sifat mazmumah yang lain...
      Yesterday at 5:41pm ·  ·  2 people
    • Nazil Azadi Azlan cikgu Noraidah: peringatan ni adalah rumusan yg sy buat bila selesai baca buku 'jadilah pemuda kahfi' karangan Shaykh Dr. Aaidh ibn Abdullah al-Qarni..yg mana sempat dikongsi saya akan kongsi.
      Yesterday at 5:41pm ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub Bagus tu Nazil, cikgu kena minta tolong suami cikgu belikan untuk bacaan anak-anak.. Rasa-rasa macam terpandang-pandang tajuk tu..Tapi selalunya bila cikgu sebut tajuk sesuatu buku selalu dia dah beli.. Bila dia dah baca baru dia letakkan di rak buku... Kemudian dia akan berkata, "Semua buku-buku ini abang dah baca." sambil menunjukkan ke arah rak buku.. Cuma nasihatnya pada kami, "Walk your talk"
      Yesterday at 5:46pm ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub Nazil, dalam persiapan untuk exam, boleh abiskan pembacaan ya... Terapi tu , ianya akan energize untuk menyemarakkan motivasi dalaman kita ya..
      Yesterday at 5:50pm ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub 
      Itulah kelemahan cikgu sekarang ni Nazil, kurang juga membaca- lebih banyak 'bercakap'- berceramah dan penulisan.. Selalunya suami cikgu akan mengusik cikgu," Apa yang abang baca ni semuanya nor(cikgu) dah amalkan." Tapi cikgu kata, masa muda-muda dulu selalu dengar nasihat, ceramah, pembacaan tapi sekarang ni banyak kena lebih fokus menasihat pula diri sendiri dan anak-anak. Tapi, sumber rujukan/ensaiklopedia bergerak cikgu adalah suami cikgu.. Sebelum ceramah dia akan senaraikan point-point dan 'kisah' mootivasi utk dikongsikan dgn audience. Untuk manfaatkan ilmu, ujarnya
      Yesterday at 5:56pm · 
    • Noraidah Yaakub Bagaimana dengan exam Nazil? Doa cikgu, moga dipermudahkan dikurniakan ilham untuk menjawab dengan persiapan yang rapi dan banyak tawakal kepadaNYA.amin
      Yesterday at 6:01pm · 
    • Nazil Azadi Azlan cikgu Noraidah;maaf lambat,saya kat rumah abang ni,internet slow sikit..exam,alhamdulillah,selesai utk teori dan shortcase,next exam selasa dan rabu ni utk osce,insyaALLAH,semoga ALLAH beri yg terbaik utk sy..
      21 hours ago ·  ·  1 person
    • Noraidah Yaakub Ameen. "Moga ALLAH SWT mengurniakan kejayaan buat Nazil dan rakan-rakan dalam perjuangan menakluki ilmu ini.ameen"
      a few seconds ago · 

No comments:

Post a Comment