Saturday 13 August 2011

The Power Of Doa In The Month of Ramadhan Kareem

"Ya ALLAH, jadikanlah kami (orang-orang yang) imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardu, menjaga solatnya, menunaikan zakat, menuntut/ mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap keampunanMu, sentiasa memegang petunjuk-petunjukMu, terlepas dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan mencintai amal untuk bekalan akhirat dan tabah (sabar) menerima cobaan, mensyukuri segala ni'matMu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawah naungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan melalui telaga yang sejuk, masuk di dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di tahta kehormatan, didampingi oleh bidadari syurga dan mengenakan baju-baju kebesaran dari sutera berwarna-warni, meni'mati santapan syurga yang lazat, minum susu dan madu yang suci bersih dalam gelas-gelas dan kendi-kendi yang tak kering-keringnya, bersama dengan orang yang Engkau beri ni'mat pada mereka dari golongan para nabi, shaddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh, ameen ya ALLAH"





Itulah makna doa yang saban malam dibaca oleh suami cikgu selepas solat terawikh jika dia menjadi imam di surau kampung kami. Sepanjang Ramadhan ini rasanya cikgu tak mahu ianya berlalu dengan sia-sia. Rugi sangat rasanya. Banyak perkara yang cikgu kurangkan untuk menjaga ibadah puasa seperti berbual yang kosong, fokus yang penting dan utama sahaja, mengurangkan memberi ulasan di facebook, tidur lebih awal dan banyak buat muhasabah dan refleksi diri. Takut kurang pahala ibadah dan puasa cuma jadi sia-sia sahaja. Anak-anak dan suami dah faham betul resmi cikgu ini. Perbanyakkan doa dibulan yang penuh keberkatan ni..

Bila anak-anak cikgu yang  berjauhan dari cikgu menghubungi cikgu, pesan cikgu

i) banyak minta ampun dengan ALLAH.
 Doa Lailatul Qadr



اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Memberi Ampun dan Engkaulah suka memberi ampun, kerana itulah ampunilah kami, wahai Dzat yang Maha Pemurah. (HR Tirmidzi)


Doa Solat Witir :

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّْوْسِ

Maha Suci Engkau penguasa yang memiliki kesucian. (HR Nasai)

سُبُّوْحٌ قُدُّْوْسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوْحِ

Maha Suci Engkau Dzat yang memiliki kesucian, Tuhannya para Malaikat dan Ruh. (HR Daruquthni)
Menjelang Berbuka Sebaiknya Membaca doa:

أشْهَدُ أنْ لاَإلَهَ إلاَّ اللهُ أسْتَغْفِرُ اللهُ أسْألُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

A bersaksi tidak ada Tuhan Selain Allah, Saya mohon ampun kepada Allah, Saya mohon Redha-Mu, Surga­Mu dan selamatkanlah aku dari neraka.” Mu dan selamatkanlah aku dari neraka.
Doa Buka Puasa :

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمَاءُ وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأجْرُ إنْ شَاءَ اللهُ

Ya Allah, Aku berpuasa hanya untuk-­Mu dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Hilanglah rasa haus, kerongkong menjadi basah, semoga pahala ditetapkan, insya Allah.” (HR Abu Dawud)
Jika Berbuka di tempat  kita dianjurkan mengucapkan :

أفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُوْنَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمْ اْلأبْرَارَ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمْ الْمَلاَئْكَةُ


Telah berbuka di tempatmu orang-orang yang puasa. Orang-orang baik memakan makanan kalian, dan para malaikat mendoakan kalian.” (HR Abu Dawud)
ii) Banyakkan zikir : "laa ilaaha illallah" 
iii) Mohon dengan rendah diri kepada ALLAH SWT moga dikurniakan  syurga diakhirat kelak
iv) Mohon Rahmat dan kasih sayang  ALLAH SWT

Seterusnya cikgu masih mengingatkan diri dan ahli keluarga:


Orang yang banyak beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan, maka dosa-­dosanya diampuni oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
Doa orang yang berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda :

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ ؛دَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

Ada tiga macam doa yang mustajab, iaitu doa orang yang sedang puasa, doa musafir dan doa orang yang teraniaya. (HR Baihaqi)
 Puasa dan ِAl-Qur’an yang dibaca pada malam Ramadhan akan memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda :

اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ

Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”  ِAl-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur di malam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (HR Ahmad)
Muhasabah dan ingatan buat diri cikgu yang dhaif:
Rasulullah SAW bersabda

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ


Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berakah, maka ALLAH mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)






No comments:

Post a Comment