Doa menyingkir rasa kecewa & bimbang.
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai
Arasy yang besar." [At-Taubah:129]

Catatan ini sebenarnya sudah lama cikgu siapkan
tetapi tak sempat nak edit dan postkan kerana
kesibukan.Alhamdulillah,bersyukur cikgu dengan
dengan segala rahmat,ni'mat dan kasihsayang-Nya
kepada cikgu dan keluarga. Sudah lama cikgu
tidak menulis memandang ,'kesibukan' mengurus
diri,keluarga serta kerjaya. Tetapi ada
ketikanya nak kosongkan fikiran untuk cuma
'berada' dalam diri sendiri dan ada ketikanya
dengan ALLAH .Kadang-kadang memang rasa cikgu
penat bekerja ni tapi sebenarnyacikgu rasa sangat seronok bekerja ni walaupun banyak tekanan dan cabaran. Mental perlu kuat, jiwa perlu BESAR, hati perlu tenang, akal perlu stabil dan rasional, fizikal perlu sihat dan cergas serta doa perlu dipanjatkan dengan sepenuh hati dan jiwa dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.
Anak-anak cikgu selalu mengusik cikgu,"Mak ni 'relax' aje, ayah sehingga kini pun masih bawa balik kerja-kerja pejabat/sekolah untuk dibuat di rumah" . Tapi cikgu kira atas kesibukan cikgu sebagai ibu bekerjaya, mereka masih ingat zaman kecil mereka puas cikgu 'usung' mereka ke kelas tambahan dan program motivasi cikgu pada hari sabtu/cuti atau sambil memasak meletak mereka di para dapur sambil minta mereka belajar depan cikgu samada membaca buku'lady bird', mengaji atau buat hafazan. Kalau dengan suami cikgu adalah lebih baik lagi sebab suami cikgu rajin membawa mereka membeli buku bacaan dan ulangkaji di kedai buku, mengajar mereka membuat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris, mengaji Al Quran dan rajin bergurau senda dengan mereka.Oleh kerana itu semasa anak sulung cikgu mengajar di Sekolah Tinggi AsSofa dia bercerita disamping mengajar Bahasa Inggeris, dia kena 'tasmi'' /mendengar bacaan AlQuraan pelajarnya cikgu rasa sangat gembira kerana dia dapat manfaatkan ilmu yang
kami ajar sedari kecil. ALHAMDULILLAH..
Sebenarnya bahan catatan kali ini telah
cikgu siapkan sebelum cuti semester 2011 cuma
cikgu tak sempat untuk edit.Cuma pada hari ini
sahaja yang dapat cikgu edit semula. Ianya
catatan semasa 2 siri BIG untuk guru-guru yang
mengikuti program PGSR. Catatan yang diambil
berdasarkan Refleksi mereka semasa mengikuti
program BIG untuk kenangan dan refleksi cikgu
pula.
Inilah catatan cikgu untuk kenangan hidup
dan perkongsian dengan para pembaca:
Cuti semester break ini memang rasa nak rehat
sikit kerana sebelum cuti ke Sabah, Serawak dan
mengendalikan 2 BIG untuk PGSR. Ada peluang
untuk keluar pun cikgu memang mengambil peluang
untuk berehat di rumah sahaja 'Home Sweet
Home'.. MasyaALLAH
Pada kali ini cikgu nak berkongsi tentang EIC- Emotional Intelligence Competency yang terdapat dapat modul LDK BIG. Tapi kali ini bersama-sama dengan pelajar PGSR yang merupakan pelajar dewasa. Selalunya untuk bersama mereka pihak HEP meletakkan pensyarah yang 'taiko'supaya senang mengendalikan mereka sebab kami sangat menghormati pengalaman mereka dan sebagai orang 'dewasa' kita perlu meyakinkan mereka dengan kepakaran yang kami ada. Selalu cikgu nasihatkan Ustaz Nasri dan En Farid," Misi kita adalah untuk membangunkan sahsiah dan ketrampilan mereka secara peribadi dan kerjaya. Guru yang 'berkarismatik'/ 'karamah' dan berjiwa 'guru' mampu membangunkan ummah dan manusia sejagat di luar sana. Mereka 'aset' kita jadi kena pastikan kejayaan dalam 'misi' kita. Oleh itu pada kali ini cikgu ingin berkongsi catatan refleksi mereka mengenai LDK yang telah dapat cikgu jalankan agar cikgu juga dapat buat refleksi untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kekuatan cikgu. Berikut adalah catatan refleksi mereka:
Elyana binti Azmee
PGSR PSV Ambilan Nov 2008
Aktiviti LDK banyak memberi saya pengetahuan dan maklumat berkaitan pengurusan emosi saya. Ceramah Motivasi oleh Pn Hjh Noraidah membuat saya melupai sejenak masalah-masalah yang saya hadapi sebelum menyertai BIG. Apa yang saya pelajari ialah cara kita berdepan dengan segala kemungkinan, dugaan yang tiba dengan ilmu. Di sini saya belajar bertenang dan tidak panik. Saya yakin saya tidak keseorangan dan saya mempunyai keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi masalah saya. Sebelum ini saya lebih suka mendiamkan diri dan suka menyembunyikan masalah dan berusaha menyelesaikan sendiri masalah tersebut. Kebanyakan masalah saya tidak dapat saya selesaikan. Namun setelah melalui LDK selama 2 hari, saya akhirnya ingin berubah dan berfikiran positif terhadap masalah yang saya hadapi.
Hayati Masni binti Musa
Pn Hjh Noraidah telah meminta kami untuk berbaris bagi membolehkan semua peserta dapat duduk dengan selesa dan teratur. Di sini saya dapat merasakan sebagai pendidik-kita mesti cepat dan cekap bertindak bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selain itu perancangan yang baik akan dapat menghasilkan sesuatu tindakan yang berjaya dan berkesan.
Slot LDK ini juga telah menjadikan saya seorang yang berfikiran positif di mana saya dapat mencari sikap-sikap positif yang ada pada diri sendiri. Saya telah cuba membina interpersonal yang positif, tinggi dan menyedarkan saya dengan potensi diri inilah saya dapat membina generasi negara yang seimbang jasmani, emosi, rohani intelek dan sosialnya untuk masa hadapan
Melalui LDK II- penerangan tentang EIC juga telah meningkatkan lagi keyakinan saya. Saya telah cuba untuk mengenali diri saya yang sebenarnya. Secara tidak langsung saya percaya sekiranya kita bersungguh-sungguh dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai sesuatu kita insyaALLAH boleh mencapainya
Jumat bin Haron
Dalam LDK saya dapati pensyarah telah dapat membuka minda saya dengan pelbagai kandungan ilmu pengetahuan yang sangat berguna sebagai guru untuk persediaan ketika balik menemui para pelajar saya di sekolah. Pelbagai kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kemahiran optimum dan sebagainya telah dapat diserap dalam otak pemikiran saya. Kesannya sangat mendalam dalam diri saya.
Tee Meei Lian

Saya rasa selamat dan selesa bila bersama dengan Pn Noraidah . Beliau memberi saya semangat dan sokongan untuk berkongsi banyak perkara. Melalui LDK saya rasa bertambah yakin dan ingin membina hubungan interpersonal dengan rakan sejawat dan staf. Banyak kekuatan dan kebaikan yang saya dapati melalui LDK ini. Terima kasih puan.
Sebenarnya menjadi guru dan pensyarah alaf baru ini memerlukan kita menjadi insan yang dapat menguasai intrapersonal dan interpersonal dengan baik. Di samping itu mempunyai 'jiwa kebajikan' yang tinggi. LDK sebenarnya mempunyai kekuatan yang tersendiri kerana kita dapat belajar secara terus dengan 'bahan mentah'/ pengalaman yang dikongsikan bersama. Moga lebih ramai guru yang 'berjiwa' guru akan lahir melalui program BIG- Bina Insan Guru ini.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Allah
menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."(QS.
Ath-Thalaq : 4).
" Ya Allah, berikanlah kami limpahan nikmat & janganlah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."(QS.
Ath-Thalaq : 4).
Engkau kurangi, Muliakanlah kami, janganlah Engkau binasakan. Berikanlah
kami, jangan Engkau tutupi. Utamakan kami jangan Engkau abaikan. Jadikanlah
kami redha & redhailah kami." (HR. Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment